28 MEI 2025 | KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kini secara rasmi dilantik sebagai tuan rumah baharu Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-universiti Malaysia (MATDUM) bagi tahun 2025, menggantikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
 
Pelantikan ini telah dimuktamadkan dalam Majlis Serah Tugas dan Mesyuarat MATDUM Bil. 1/2025 yang berlangsung dengan jayanya di UPNM hari ini.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelantikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM, YBhg. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara) sebagai Pengerusi baharu MATDUM, YBhg. Prof. Dr. Zamri bin Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya (UM) sebagai Timbalan Pengerusi dan Pn. Nor Hazimah Abd Aziz, Ketua Pentadbir JHEPA UPNM sebagai Setiausaha.
 
 
Pelantikan ini dijangka mampu meneruskan lagi kecemerlangan majlis tersebut, sekali gus memperkukuh sistem pengurusan tatatertib dan disiplin di institusi pengajian tinggi awam seluruh negara.
 
Mesyuarat turut membincangkan garis panduan terkini berkaitan prosedur tatatertib, cabaran semasa dalam pengurusan disiplin serta inisiatif peningkatan kefahaman pelajar terhadap peraturan dan etika universiti.
 
Bagi pihak seluruh ahli MATDUM, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff dan pihak sekretariat UniSZA atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan bermakna sepanjang memegang amanah sebagai tuan rumah dan Pengerusi MATDUM sebelum ini.
 
Tahniah UPNM!