
20 JUN 2025 | UPNM: Majlis Anugerah Kecemerlangan Badan Pelajar (AKBP) Sesi 2024/2025 berlangsung penuh gemilang di Dewan Zulfaqar malam tadi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mahasiswa dalam memimpin, mengurus dan menjayakan budaya organisasi kampus yang berimpak.
Bertemakan “Mahasiswa Pewaris Tradisi, Teras Kecemerlangan Universiti”, majlis dirasmikan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad yang menegaskan:
“Saya yakin, dengan falsafah HELANG yang kita bawa, Holistik, Etika, Legasi, Adaptasi, Naratif dan Gagasan, kita mampu mengangkat UPNM ke persada antarabangsa. Dan mahasiswa, seperti anda semua di AKBP malam ini, adalah watak penting dalam mencorakkan sejarah itu.”

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

AKBP bukan sekadar majlis penghargaan, ia adalah simbol kepercayaan UPNM terhadap mahasiswa sebagai pemikir dan pelaksana dalam menjayakan misi UPNM30.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

20 JUN 2025 | UPNM: Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan Larian Amal PPW 2025 petang tadi di Pavilion UPNM! Pelepasan disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad. Suasana penuh semangat dan solidariti ini bukan sahaja menyatukan warga UPNM, malah memperkukuh budaya sihat dan prihatin dalam kalangan komuniti kampus.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Terima kasih kepada penganjur dan semua yang terlibat. Jersey eksklusif, semangat luar biasa, ini baru #UPNMStyle!
Nak capai UPNM30, badan pun kena cergas, mental pun kena kuat!
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

11 JUN 2025 | UPNM: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima kunjungan rasmi delegasi National Defense Academy (NDA), Jepun yang diketuai oleh Presiden NDA, KUBO Fumiaki sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan strategik dua hala dalam bidang akademik dan ketenteraan.
Lawatan ini turut merangkumi sesi lawatan ke fasiliti Simulator Kapal di Pusat Maritim UPNM, mencerminkan keupayaan latihan simulasi maritim UPNM yang moden dan relevan dengan keperluan latihan pertahanan semasa dan akan datang.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Inisiatif ini memperkukuh agenda UPNM30 dalam memacu kecemerlangan kesarjanaan dan membina pusat rujukan pertahanan bertaraf antarabangsa melalui jaringan kerjasama global yang berimpak tinggi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

19 JUN 2025 | KUALA LUMPUR: UPNM meneruskan langkah strategik sebagai Universiti Awam (UA) pertama yang melaksanakan Program Diploma Work-Based Learning (WBL) 2.0 selaras dengan hasrat Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk membuka laluan pendidikan tinggi yang lebih inklusif dan relevan kepada anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan kerjasama erat bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), UPNM telah berjaya membangunkan 3 program diploma:
- Diploma Pengurusan Logistik (DPL)
- Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP)
- Diploma Perkhidmatan Teknologi Pertahanan (DPTP)

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program WBL 2.0 adalah cetusan ilham YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan dalam usaha memperluas akses pendidikan tinggi kepada anggota ATM. Inisiatif ini juga dilihat sebagai satu pelaburan strategik dalam pembangunan sumber manusia pertahanan negara yang lebih relevan, inklusif dan berdaya saing.
Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Diploma WBL 2.0 berlangsung hari ini di Dewan Theatrette, UPNM telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), MINDEF, YBhg. Datin Roszanina binti Wahab. Program ini direka berasaskan pemetaan pengalaman kerjaya kepada kurikulum akademik tanpa keperluan kehadiran kuliah secara berkala dan dianugerahkan melalui penilaian profesional mengikut piawaian MQA.

- 139 Tentera Darat Malaysia (TDM)
- 42 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
- 50 Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menegaskan bahawa kejayaan penawaran WBL 2.0 ini selari dengan komitmen UPNM untuk menjayakan aspirasi UPNM30 khususnya dalam memperkukuh keterlihatan dan kesarjanaan melalui pendidikan pertahanan yang berimpak tinggi serta menjadi universiti unggul menjelang 2030.
Turut hadir En. Izamael Zamzuri bin Ismail, Pengarah, Bahagian Governan IPTA, JPT mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, En. Mohamad Dzafir bin Mustafa, Pengarah Kanan, Pembangunan Dasar dan Kepakaran, MQA, En. Jefri bin Ngadirin, Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia, Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar, Pengarah Tenaga Kerja, MK ATM serta Pegawai-pegawai Kanan MINDEF dan ATM.

9 JUN 2025 | UPNM: Alhamdulillah, Program Pelaksanaan Ibadah Qurban Peringkat UPNM 1446H telah berlangsung dengan jayanya hari ini di kawasan perkarangan Pusat Marin. Sebanyak 11 ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis yang dirasmikan oleh Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis turut menyaksikan simbolik pengagihan daging qurban oleh Naib Canselor kepada warga UPNM, melambangkan semangat kebersamaan dan kepedulian sempena Aidiladha.
Semoga ibadah qurban ini menjadi asbab keberkatan dan memperkukuh silaturrahim dalam kalangan warga UPNM.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
More Articles ...
- FSTP Terus Ke Hadapan, Naib Canselor UPNM Santuni Warga Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
- Bahasa Melayu dan Cabaran Masa Depan: Sasterawan Negara di UPNM
- TNC (HEPA) UPNM Ambil Alih Tugas Sebagai Pengerusi Baharu MATDUM
- Menjulang Kesarjanaan: Lawatan Strategik Naib Canselor ke Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP)