- Details
- Bil. Capaian: 81
26 September 2024 | Cheras Selatan - Pada 26 September 2024 telah berlangsungnya Karnival Futsal Piala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi Tahun 2024 bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Cheras Selatan. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita telah mengambil bahagian. Buat julung kalinya karnival futsal pada tahun ini disertai oleh 1 pasukan jemputan daripada pihak Penaja Utama iaitu Pasukan Dolcezza.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) diiringi oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik) yang turut meluangkan masa memeriahkan karnival futsal tersebut.
Johan bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh pasukan ALK B dari Akademi Latihan Ketenteraan manakala Johan bagi Kategori Wanita dimenangi oleh pasukan Cap Kaki Tiga dari Pejabat Pendaftar.
Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah meraih kemenangan dan semoga semangat kesukanan seperti ini dapat terus dikekalkan.
- Details
- Bil. Capaian: 270
24 September 2024 | UPNM - YBhg. Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Strategic Defence Management Sdn Bhd dan Bahagian Industri Pertahanan. Antara tujuan kunjungan syarikat yang berkenaan adalah bagi membincangkan berkenaan penglibatan UPNM secara inklusif dalam Program Kolaborasi Industri agar dapat mengoptimumkan pulangan daripada perolehan strategik pertahanan dan memberi manfaat yang sewajarnya. Strategic Defence Management Sdn Bhd diwakili oleh Encik Hasry bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, SDM, Encik Nik Zamzuki bin Nik Lah dan Encik Wan Mohd Rozi bin Wan Ab Rahman manakala BIP diwakili oleh Lt Kol Shahrul Nizam bin Shaf’in, Ketua Penolong Setiausaha di BIP. Turut hadir Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Hj. Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Mejar Jeneral Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan tim yang berkenaan.
- Details
- Bil. Capaian: 4634
- Details
- Bil. Capaian: 2087
Seluruh warga UPNM mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBhg. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM yang baharu.
- Details
- Bil. Capaian: 4793
Komposisi penuh kontinjen adalah terdiri daripada barisan Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita dari PALAPES UPNM merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut, dan Udara. Kontinjen ini diketuai oleh Lt Kol Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Timbalan Komandan PALAPES UPNM, berkekuatan 3 orang Pegawai Sukarela dan 208 orang Pegawai Kadet.
More Articles ...
- Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPNM ke Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Kunjungan Hormat Lumut Naval Shipyard (LUNAS)
- Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia: UPNM menyandang Anugerah Alumni Muda Harapan 2024
- Kemeriahan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat UPNM 2024