20 November 2024 | WTC – Bertempat di Bilik Tioman, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), satu Sesi Perkongsian Ilmu oleh Profesor Adjung Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Komander (K) Prof. Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam bin Ibrahim (TLDM) yang juga merupakan Group Managing Director WTCKL telah diadakan. Sesi perkongsian yang bertajuk “Transformational Leadership: Inspiring Change and Innovation in the Workplace” ini telah dihadiri oleh para pentadbir dan pelaksana di bawah Pejabat TNC (AA) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik).
Perkongsian ini telah diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Objektif utama perkongsian ilmu ini diadakan adalah untuk melengkapkan para pentadbir dan pelaksana di bawah Pejabat TNC (AA) dengan kemahiran, pengetahuan dan perspektif yang diperlukan untuk memacu perubahan bermakna dalam organisasi. Segala ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan sememangnya memberi banyak manfaat kepada para pentadbir dan pelaksana, terutamanya dalam memberikan panduan tentang bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berkesan yang dapat menggalakkan perubahan dan inovasi di tempat kerja.