MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

16 Mei 2023 - Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, yang disambut meriah bersama warga UPNM dengan pelbagai acara dan menu menarik.

Seluruh warga BPI mengucapkan terima kasih kepada semua warga UPNM yang sudi hadir ke Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Penyelidikan Inovasi (BPI).

 

BENGKEL PEMANTAPAN PELAN STRATEGIK PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2023-2027

12 - 14 Mei 2023, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pelan Strategik Penyelidikan dan Inovasi 2023-2027 di Hotel Holiday Inn, Melaka.

Bengkel ini diadakan untuk merangka perancangan strategik yang baharu dalam penyelidikan dan inovasi UPNM, mengenalpasti objektif strategik dan juga KPI yang dapat mendokong misi dan visi BPI serta memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan pelan strategik yang akan dibangunkan dengan penglibatan Dekan, Timbalan Dekan, Pengarah, Timbalan Pengarah serta Auditor Dalam MyRA.

Diharap usaha ini dapat membantu meningkatkan lagi kuantiti dan kualiti penyelidikan di UPNM.


 

PAMERAN 34th INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) 2023

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah mengambil bahagian dalam 34th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 11 – 13 Mei 2023. Enam (6) produk telah mengambil bahagian dalam pameran tersebut secara fizikal. Alhamdulillah, UPNM berjaya meraih kejayaan 4 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Senarai keputusan yang telah mencapai kejayaan cemerlang seperti berikut:

1. PROF. TS. DR. NORHANA BINTI ABDUL HALIM
SCOBY-Based EDLC as Energy Storage Device for a Motion Energy Harvester System
PUSAT ASASI PERTAHANAN (PAP)
PINGAT EMAS

2. PROF. MADYA TS. DR. NORLI BINTI ABDULLAH
Nano-K Fluid - A New Generation Coolant
PUSAT ASASI PERTAHANAN (PAP)
PINGAT EMAS

3. PROF. MADYA DR. SITI AMINAH BINTI MOHD NOOR
Sodium -Ion Batteries for Safe, Inexpensive and Sustainable Energy Storage Technology
PUSAT ASASI PERTAHANAN (PAP) / CENTROP
PINGAT EMAS

4. ENCIK JA'AFAR BIN ADNAN
Empty Fruit Bunch (EFB) of Palm Oil as Electrical Insulation Paper
FAKULTI KEJURUTERAAN (FKJ)
PINGAT EMAS

5. KAPT PROF. MADYA SYED NASIR ALSAGOFF BIN SYED ZAKARIA (BERSARA)
System and Method for Mobile HCI Validation (Speed and Accuracy) for Mission Critical Operation using Logic Questions
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN (FSTP)
PINGAT PERAK

6. PROF. MADYA TS. DR. NOOR AFIZA BINTI MAT RAZALI
Decentralized Access Control for IoT Security Enhancement Using Blockchain Technology in Smart Farming
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN (FSTP)
PINGAT GANGSA

Tahniah semua.


 

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PENYELIDIK BAGI PENCAPAIAN CEMERLANG

Pada 2 Mac 2023, telah berlangsung satu sesi penyampaian sijil sebagai penghargaan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Norli binti Abdullah daripada Pusat Asasi Pertahanan kerana telah memperoleh keputusan cemerlang bagi projek penyelidikan di bawah Dana Penyelidikan Padanan Antarabangsa (Mypair) Newton Stfc: Use Of The Isis Neutron And Muon Source, Uk yang bertajuk ‘Role of Intermolecular Interaction in Conductive Polymer Wrapped MWCNT as Organophosphate Sensing Material Structure’. Kerjasama Penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan kemudahan penyelidikan ISIS Neutron and Muon Source (ISIS) di United Kingdom. ISIS merupakan salah satu pusat dan kemudahan penyelidikan yang bertempat di STFC Rutherford Appleton Laboratory berhampiran Oxford. Turut hadir adalah Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara) dan juga pegawai daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. Projek ini telah berjaya mencapai objektif keseluruhan dan menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi.

Manakala pada 31 Mac 2023, telah berlangsung satu lagi sesi penyampaian sijil sebagai penghargaan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Rashdan bin Saad  daripada Fakulti Kejuruteraan kerana telah memperoleh keputusan cemerlang bagi projek penyelidikan di bawah program Newton-Stfc: Collaborative Research For Higher Level Stem Skills In Malaysia yang bertajuk ‘Shock-Boundary Layer Interaction Control in Hypersonic Flow Using Hybrid Micro-Vortex Generators’. Turut hadir adalah Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara) dan juga pegawai daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. Projek ini telah berjaya mencapai objektif keseluruhan dan menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi.

 

PAMERAN PENYELIDIKAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2023

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran Penyelidikan Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) bermula 16 sehingga 18 Mac 2023. Pameran MTE 2023 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan.

Sebanyak 6 penyertaan produk daripada 6 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu Satu (1) Anugerah Khas, Tiga (3) Pingat Emas, Dua (2) Pingat Perak dan Satu (1) Pingat Gangsa. Ini adalah merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti. Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

VECTORS: Vehicle Enhanced Combat Tactical Operation Response System
Kapt Prot. Madya Syed Nasir Alsagoff bin Syed Zakaria (Bersara)
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)
Outstanding Award dan Gold Medal Awards

IComPBag -An Innovative Positioning Device
Dr. Azura Sharena binti Yahaya
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP)
Gold Medal Awards

Scoby-Based Free Standing Electrodes for Green Energy Storage Technology
Prof. Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim
Pusat Asasi Pertahanan (PAP)
Gold Medal Awards

A Warning System for Aquaculture
Ts. Dr. Mohamad Abu Ubaidah Amir bin Abu Zarim
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)
Silver Medal Awards

Silver Nanoparticle Incorporated Polyurethane Coating for Fungi Growth Inhibition
Dr. Nurnadia binti Andenan (Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus)
Pusat Pengurusan Penyelidikan Inovasi (PPPI)/CENTROP
Silver Medal Awards

LogSemCog
Dr. Hassan bin Mohamed
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) / PKSRID
Bronze Medal Awards

Tahniah Semua.

 

LAWATAN NAIB CANSELOR BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KE PAMERAN PENYELIDIKAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2023

17 Mac 2023 (Jumaat) - YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama pengurusan tertinggi UPNM telah mengadakan lawatan ke reruai (booth) pameran UPNM bertempat di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur. YBhg. Naib Canselor serta Pengurusan Tertinggi UPNM berkenan melawat ke reruai (UPNM) selama lebih kurang 1 jam serta beramah mesra bersama-sama dengan penyelidik UPNM yang telah mengambil bahagian pada pameran penyelidikan MTE 2023 kali ini. Sebagai makluman, sebanyak 6 produk penyelidikan daripada 6 penyelidik telah dipertandingkan.

 

 

 

SESI PENILAIAN AUDIT DALAM MyRA BAGI PENCAPAIAN PENYELIDIKAN TAHUN 2022

Sesi Penilaian Audit Dalam MyRA bagi pencapaian penyelidikan pada tahun 2022 sedang dijalankan bermula 15 Mac 2023 sehingga 19 Mei 2023. Pembukaan Audit Dalam MyRA tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts Dr. Azizi Miskon selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPNM. Sesi penilaian pada kali ini diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Aidy Ali sebagai Ketua Auditor dan dibantu oleh Prof. Ts Gs Dr. Mohd Afizi Mohd Shukran, Prof. Madya Dr. Mohd Asmadi Ahmad, Prof. Madya Dr. Noor Azilah Mohd Kasim, Prof. Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Prof. Madya Dr. Fakroul Ridzuan Hashim dan Prof. Madya Dr. Mohd Fahmi Mohammad Amran. Selamat berjuang kepada semua penyumbang-penyumbang data yang terlibat dalam meningkatkan pencapaian penyelidikan pada kali ini.

 

 

PEMBENTANGAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN PASCA DOKTORAL DAN PASCASISWAZAH (GPPP) FASA 1 TAHUN 2023

Sesi Pembentangan Permohonan Geran Penyelidikan Pasca Doktoral dan Pascasiswazah (GPPP) Fasa 1 tahun 2023 oleh Ketua Penyelidik kepada Panel Penilai telah diadakan pada 15 Mac 2023 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) . Untuk makluman, jumlah permohonan bagi geran ini adalah sebanyak 28 permohonan (11 Pasca Doktoral, 6 PhD dan 11 Sarjana). Panel-panel terlibat bagi sesi pembentangan ini adalah Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (B), Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh, Prof. Dr. Megat Mohamad Hamdan bin Megat Ahmad, Lt Kol Prof. Dr. Victor Feizal b Knight Victor Ernest@Abd Shatar(B) dan Prof. Madya Dr. Wan Norhasniah Bte Wan Husin.

 

 

PENGLIBATAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DI DALAM PAMERAN PENYELIDIKAN 13th CREATION, INNOVATION, TECHNOLOGY & RESEARCH EXPOSITION (CITREX) 2023

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran Penyelidikan 13th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2023 yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) (UMP Sports Complex, Paya Besar Campus) bermula 12 sehingga 14 Mac 2023. Pameran CITREX 2023 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Sebanyak 5 penyertaan produk daripada 5 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu Satu Anugerah Khas (Hadiah Khas Penerbit UMP), Dua Pingat Emas, Dua Pingat Perak dan Satu Pingat Gangsa. Ini adalah merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti. Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) dan para penyelidik kerana telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:

 

 

 

 

SESI PERJUMPAAN PENOLONG NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) BERSAMA PASCA-DOKTORAL, PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH DAN PEMBANTU PENYELIDIK

 

7 Mac 2023 (Selasa) - Satu sesi perjumpaan Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bersama Pasca-Doktoral, Pembantu Penyelidik Siswazah dan Pembantu Penyelidik telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi. Tujuan perjumpaan ini adalah bagi membincangkan mengenai kehadiran harian (thumb in and out), output penyelidikan sepanjang lantikan, persidangan dan sesi soal jawab hal-hal lain berkaitan penyelidikan. Seramai 60 orang yang telah hadir bagi sesi perjumpaan kali ini.

 

TAKLIMAT PENILAIAN GERAN PENYELIDIKAN MELALUI SISTEM MYGRANTS

Pada 23 Februari 2023, Taklimat Penilaian Geran Penyelidikan melalui sistem MyGRANTS telah diadakan di tiga fakulti iaitu Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kepada bakal panel penilai di FPJB bagi memberi penerangan lebih jelas berkenaan proses jadual kerja baharu pada tahun ini. Diharap usaha ini dapat membantu para penyelidik menghasilkan kertas cadangan yang lebih berkualiti dan membuka peluang agar UPNM memperolehi lebih banyak geran penyelidikan dari pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Taklimat ringkas ini akan disambung kepada fakulti dan pusat akademik yang lain seperti yang telah dijadualkan pada 27 Februari dan 2 Mac 2023.


 

SESI PEMBENTANGAN DAN PEMANTAUAN LAPORAN AKHIR DAN KEWANGAN BAGI PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) NEWTON STFC: USE OF THE ISIS NEUTRON AND MUON SOURCE, UK

23 Februari 2023, Satu sesi pembentangan bagi laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana Penyelidikan Padanan Antarabangsa (Mypair) Newton Stfc: Use Of The Isis Neutron And Muon Source, Uk yang bertajuk ‘Role of Intermolecular Interaction in Conductive Polymer Wrapped MWCNT as Organophosphate Sensing Material Structure’ di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Kerjasama Penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan kemudahan penyelidikan ISIS Neutron and Muon Source (ISIS) di United Kingdom. ISIS merupakan salah satu pusat dan kemudahan penyelidikan yang bertempat di STFC Rutherford Appleton Laboratory berhampiran Oxford. Projek penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Norli binti Abdullah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sehingga ke peringkat akhir. Turut hadir semasa sesi pembentangan adalah Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara) dan juga pegawai daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. Projek ini telah berjaya mencapai objektif keseluruhan dan menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi.

 

BENGKEL PENULISAN DAN PEMURNIAN KERTAS CADANGAN GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) SASARAN 2023

9 Februari 2023 - Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Sasaran Tahun 2022 telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) bertempat di Pusat Marin, UPNM. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan idea kepada penyelidik bagi menghasilkan kertas usulan penyelidikan yang bermutu; memurnikan dan menambah baik kertas usulan penyelidikan serta mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan dalam penulisan kertas usulan penyelidikan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Azizi bin Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM. Bengkel ini telah dihadiri oleh panel profesional iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Isa  bin Abd Majid berkongsi panduan serta menilai permohonan para penyelidik semasa sesi pemurnian kertas usulan penyelidikan penyelidik. Seramai 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta mendapat maklumbalas yang begitu menggalakkan daripada para pensyarah dan penyelidik daripada fakulti, pusat dan akademi.

 

 

BENGKEL PEMURNIAN DASAR DAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN SIRI 3

30 - 31 Januari 2023 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan siri 3 yang telah berlangsung di Pusat Marin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi mengemaskini dan menambahbaik garis panduan sedia ada, mendapatkan input bagi penambahbaikan garis panduan sedia ada dan mengenalpasti kekurangan yang perlu ditambahbaik di dalam panduan sedia ada. Seramai 30 orang peserta telah menghadiri bengkel selama 2 hari ini terdiri daripada Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Siswazah), serta Auditor MyRA.

 

MOCK PRESENTATION PAMERAN PENYELIDIKAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2023

19 Januari 2023 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah mengadakan Mock Presentation bagi persediaan awal ke Pameran Penyelidikan Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 yang akan berlangsung pada 16 sehingga 18 Mac 2023 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur. Mock Presentation MTE2023 ini pula telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan dan Inovasi. Seramai 17 penyertaan telah diterima oleh pihak PPPI pada penyertaan MTE2023 kali ini. Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah mempengerusikan Mock Presentation pada kali ini.

 

 

 

MAJLIS SERAH MENYERAH TUGAS BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (BPI)

16 Januari 2023 - Majlis Serah Menyerah Tugas Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Penyelidikan dan Inovasi. Majlis ini telah disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mantan Pengarah PKSRID dan CENTROP atas usaha dan kerjasama yang telah diberikan selama ini dan mengucapkan Selamat Datang kepada Pengarah PKSRID dan CENTROP yang baharu kerana menjadi sebahagian Keluarga Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dalam usaha memantapkan, menyumbang idea dan tenaga agar penyelidikan di UPNM terus berkembang maju seiring peredaran semasa.

 

 

LAWATAN PENANDAARASAN SISTEM SOLAR UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengadakan lawatan penandaarasan sistem solar di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 20 Disember 2022. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kaedah pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan sistem solar UPM. Lawatan ini adalah penting dalam usaha UPNM untuk membangunkan sistem solar dalam kampus UPNM. Lawatan diketuai oleh Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan disertai oleh Pengarah Kanan CODRAT, penyelidik UPNM serta wakil Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan.

 

KOLOKIUM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK 2022

Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI), Universiti Pertahanan Nasioanal Malaysia (UPNM) telah mengadakan Kolokium Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) pada 2 Disember 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat BPI dan CODRAT. Tujuan utama kolokium ini diadakan adalah untuk memantau prestasi projek penyelidikan, penghasilan penerbitan dan penggunaan kewangan seperti yang termaktub di dalam geran para penyelidik masing-masing. Selain itu juga, kolokium ini juga diharap dapat membantu penyelidik melaksanakan penyelidikan mengikut pembatuan aktiviti yang ditetapkan dan merungkaikan permasalahan yang dihadapi sepanjang penyelidikan dijalankan. Kolokium ini melibatkan 17 orang Ketua Penyelidik dan 9 orang panel penilai yang dilantik oleh BPI.

 

 

BENGKEL PENULISAN DAN PEMURNIAN KERTAS CADANGAN GERAN PENYELIDIKAN SASARAN 2023

Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan dan Pemurnian  Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Sasaran Tahun 2023 pada 11-13 November 2022 bertempat di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai, Perak. Penglibatan peserta bengkel terdiri daripada pemohon-pemohon geran penyelidikan bersama panel-panel penilai yang berpengalaman dengan bidang dan domain masing-masing bagi sama-sama memperbaiki kertas cadangan penyelidik sebelum dimajukan semula kepada pihak Kementerian atau mana-mana pemberi dana pada masa akan datang.

 

 

 

 

PENYERTAAN UPNM DI EKSPO CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA (PECIPTA) 2022

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah menyertai Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022. Pameran ini telah diadakan selama 2 hari bermula 2 hingga 3 November 2022 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Bachok, Kelantan. PECIPTA 2022 merupakan pameran yang bertujuan untuk mempamerkan dan memperkenalkan produk, penciptaan baru dan inovasi yang berbagai dari institusi pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara. Ianya juga bertujuan untuk menjana peluang dan rangkaian kerjasama diantara penyelidik dan perekacipta. UPNM telah menghantar sebanyak 14 produk penyelidikan dari 14 orang pensyarah UPNM. Kejayaan yang paling membanggakan adalah produk yang diwakili oleh UPNM telah berjaya memenangi pingat iaitu 6 emas, 3 perak dan 5 gangsa. Senarai pemenang-pemenang pingat adalah seperti berikut:

 

 

 

 

BENGKEL PEMURNIAN DASAR DAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN SIRI 2

18 Oktober 2022 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan siri 2 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan siri 2 ini adalah sambungan daripada bengkel yang telah di adakan sebelum ini pada 20-22 September 2022 yang lepas. Antara perkara yang dibincangkan pada bengkel kali ini adalah berkenaan Garis Panduan Special Interest Group (SIG). Seramai 15 orang yang telah menghadiri bengkel kali ini.

 


 

 

PAMERAN 11th MALAYSIAN ROAD CONFERENCE & EXHIBITION 2022

Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran 11thMalaysian Road Conference & Exhibition 2022 yang bermula dari 11 sehingga 13 Oktober  2022 di World Trade Centre (WTC). Pameran 11th Malaysian Road Conference & Exhibition 2022 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga adalah acara yang dinantikan oleh bahagian kejuruteraan jalan raya tempatan dan serantau. UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu seorang penyelidik memenangi pingat emas, dua orang memenangi pingat perak dan seorang pingat gangsa. 

 

Senarai Pemenang Pameran MRC

   

 

  

PAMERAN 3rd SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2022 

Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai 3rd Selangor R&D and Innovation Expo 2022 yang bermula dari 06 sehingga 09 Oktober 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Pameran 3rd Selangor R&D and Innovation Expo 2022 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor awam dan swasta. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu satu (1) Tempat Pertama dan dua (2) Tempat Ketiga.

 

Senarai Pemenang Pameran R&D Selangor

 

 

BENGKEL PEMURNIAN DASAR DAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN 

20 - 22 September 2022 - Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dasar dan Garis Panduan Penyelidikan yang telah berlangsung di Pusat Marin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi mengemaskini dan menambahbaik garis panduan sedia ada, mendapatkan input bagi penambahbaikan garis panduan sedia ada dan mengenalpasti kekurangan yang perlu ditambahbaik di dalam panduan sedia ada. Seramai 30 orang telah menghadiri bengkel selama 3 hari ini terdiri daripada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Siswazah), Auditor MyRA dan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman.


 

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DAN SURAT TAWARAN YANG BERJAYA MEMPEROLEH GERAN PENYELIDIKAN TAHUN 2022

7 September 2022 - Satu sesi penyampaian sijil penghargaan dan surat tawaran kepada penyelidik yang berjaya memperoleh geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Geran Penyelidikan Industri, Geran Pemindahan Ilmu (KTP), serta Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GPJP) telah diadakan di Auditorium FPKP, Blok C, Bangunan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP). Penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts.Dr. Azizi bin Miskon.

 Senarai Penerima Geran Penyelidikan 

 

   

  

 

 PAMERAN DEFENCE, SECURITY AND SUSTAINABILITY EXHIBITION (DSS) 2022

 

3 - 4 Ogos 2022 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menganjurkan Pameran Defence, Security and Sustainability Exhibition (DSS) 2022. Penganjuran dwi-tahunan ini merupakan satu platform kepada peserta yang terlibat dalam industri pertahanan seluruh negara berkongsi idea dan teknologi, menjalin perkongsian pintar serta memulakan kerjasama sinergi dan strategik. Objektif utama DSS 2022 adalah untuk mempamerkan hasil penyelidikan dalam bidang keselamatan dan pertahanan, perubatan, sains dan teknologi serta lain-lain bidang. Tahun ini, DSS 2022 telah menerima sebanyak 230 penyertaan yang terdiri daripada universiti awam dan swasta, dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad selaku Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan majlis penutup Pameran Defence, Security and Sustainability Exhibition (DSS) 2022 yang bertemakan “Discovery and Innovation Towards Excellence” di Dewan Theatrette Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 

Dalam ucapannya, YB Menteri menggesa agar universiti supaya sentiasa tampil menawarkan idea-idea baharu yang berimpak tinggi demi kesejahteraan sejagat bagi memberikan penyelesaian kepada isu dan cabaran yang wujud dalam masyarakat. Beliau berkata, indikator universiti terbaik adalah universiti yang mampu menghasilkan impak bukan sahaja terhadap warganya, malah turut memanfaatkan masyarakat umum. “Saya boleh katakan di sini bahawa di universiti, penyelidikan dan inovasi adalah seperti dakwat dengan kertas, kedua-duanya bergerak seiring. “Dengan penyelidikan, maka akan terhasillah idea, inovasi dan produk baharu yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak,” katanya.

Hadir sama, YBhg Dato’ Dr Megat Sany Megat Ahmad Sufian, TKSU (Dasar), YBhg Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg Tan Sri (Dr) Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM,  YBhg Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM.

 

Senarai Pemenang Pameran DSS2022 seperti berikut: Klik sini

Lihat video pendek sepanjang DSS2022 berlangsung : Klik sini

 

 

PAMERAN INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX) TAHUN 2022

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula daripada 26 sehingga 27 Mei 2022. Pameran ITEX 2022 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah.  Sebanyak 7 penyertaan produk daripada 5 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu empat (4) pingat emas dan tiga (3) pingat perak.  Ini adalah merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti.

 

Senarai Pemenang Pameran ITEX2022

   

    

 

PAMERAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) TAHUN 2022

Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) telah menyertai Pameran Malaysia Technology Expo (MTE 2022) yang bermula dari  21 sehingga 25 Mac 2022 secara dalam talian. Pameran MTE 2022 diadakan bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 4 penyertaan produk daripada 4 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu dua (2) pingat emas dan dua (2) pingat perak.

 

Senarai Pemenang Pameran MTE2022