Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera buat semua warga UPNM
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahnya diberi kesempatan dalam menitipkan kata aluan sebagai Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Bahagian Penyelidikan dan Inovasi.
Penyelidikan adalah kerja yang kreatif dan sistematik yang dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan, termasuk pengetahuan tentang manusia, budaya dan masyarakat, dan penggunaan pengetahuan ini untuk merangka aplikasi baru. Ia digunakan untuk menubuhkan atau mengesahkan fakta, mengesahkan semula hasil kerja sebelumnya, menyelesaikan masalah yang baru atau yang ada, menyokong teorem, atau mengembangkan teori baru.
Penyelidikan, dalam pengertian paling asas ialah penerokaan yang cukup mendalam tentang satu subjek untuk mengetahui intipatinya atau sesuatu aspek yang tidak pernah dilihat mahupun disaksikan sebelum ini. Oleh itu, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai sistem saraf pusat untuk proses perolehan pengetahuan. Bagi universiti, yang pengetahuan adalah sebab utama kewujudannya, kajian dan penyelidikan merupakan wadah paling penting, serta mampu memberikan pengalaman pembelajaran paling berharga.
Justeru, dalam menghadapi era pembangunan penyelidikan dan inovasi yang semakin mencabar, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi), sentiasa menilai dan melakukan penambahbaikan dalam mencorak sistem penyelidikan dan inovasi yang lebih dinamik. Transformasi penyelidikan juga merupakan agenda Kementerian Pengajian Tinggi dalam mengolah strategi penyelidikan dan inovasi agar lebih berkesan.
Akhir kata, saya berdoa agar usaha penyelidikan yang berterusan daripada para penyelidik UPNM diberkati oleh Allah s.w.t dan segala matlamat yang digariskan akan tercapai melalui usaha keras para penyelidik yang terlibat.
Sekian, Terima kasih.
Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara)
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi