HEBAHAN MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1 TAHUN 2023 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental Fasa 1 Tahun 2023 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta. Permohonan ini akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my. Pihak penyelidik boleh mengisi (sebagai DRAFT) kertas cadangan secara atas talian dan menukarkan kertas cadangan DRAFT kepada FRGS 1-2023 bermula pada 15 Februari 2023. Jadual Gerak Kerja Permohonan Geran akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sehubungan itu, para pemohon diminta untuk mengisi Borang Pencalonan Penilai MyGRANTS dan menyerahkan kepada pihak PPPI bagi memudahkan proses penilaian dalam sistem.

 

3.          Pembukaan FRGS Fasa 1 Tahun 2023 adalah berdasarkan pada tujuh (7) domain penyelidikan seperti berikut:

 

(a)      Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);

(b)      Teknologi dan Kejuruteraan (TK);

(c)      Sains Tulen dan Gunaan (STG);

(d)      Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);

(e)      Sains Sosial (SS);

(f)       Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan

(g)      Warisan Alam dan Budaya (WAB)

 

4.     Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

 

4.2.        Penyelidik

 

(a)      Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2022). Garis Panduan adalah seperti dilampirkan.

 

(b)      Ketua Projek mestilah telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam Modul Pemantauan MyGRANTS dan melebihi 75% kemajuan;

 

(c)      Penyelidik perlu mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap.

 

4.3.   Jumlah peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dipohon hendaklah mematuhi ketetapan berikut:

 

(a)  Siling permohonan FRGS adalah RM250,000.00 bagi tempoh dua (2) atau tiga (3) tahun penyelidikan.

 

4.4.  Setiap permohonan dimestikan untuk mematuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2022) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT Edisi Kelima yang berkuatkuasa seperti dilampirkan.

 

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di PPPI di talian ext 4562/ 0193650575 (Puan Fatehah).

 

6.     Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

GARIS PANDUAN FRGS (PINDAAN TAHUN 2022)

TADBIR URUS DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI EDISI KELIMA

BORANG PENCALONAN PENILAI MYGRANT