8 JULAI 2025 | MELAKA: Langit bukan lagi had apabila sejarah tercipta hari ini di mana UPNM secara rasmi melancarkan Program Sarjana Muda Penerbangan 2u1i pertama di Malaysia, hasil kolaborasi strategik bersama International Aero Training Academy (IATAC).
 
Lebih daripada sekadar program akademik, inilah transformasi pendidikan tinggi:
? 2 tahun di universiti + 1 tahun latihan industri
? Ijazah Sarjana Muda + Lesen Juruterbang Komersial (CPL) / IR dan Frozen ATPL (Airlines Transport Pilot License)
➡️ Disiapkan hanya dalam tempoh 3 tahun - satu gabungan teori dan realiti industri sebenar.
 
 
Majlis peluncuran yang berlangsung di Kampus IATAC, Batu Berendam telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof disusuli Aviation Open Day yang mengumpulkan lebih 500 pelajar sekolah dari seluruh negeri Melaka.
 
“Majlis ini bukan sekadar pelancaran program tetapi satu lonjakan strategik ke arah memartabatkan pendidikan tinggi aeroangkasa selari dengan aspirasi UPNM30 untuk melahirkan pemimpin berkemahiran tinggi dan berwibawa,” Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad
 
Majlis turut menyaksikan pertukaran dokumen MoA antara UPNM dan IATAC yang menjadi simbol komitmen bersama membina ekosistem akademik-industri yang kukuh dan futuristik.
Dengan UPNM30 sebagai panduan menerusi teras Kesarjanaan dan Penjanaan, program ini membuka laluan bukan sekadar menjadi juruterbang tetapi membina masa depan anak muda Malaysia.
 
Di sinilah impian diterbangkan. Di sinilah masa depan dibina.