a) Memastikan pematuhan dan pemantauan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dasar keselamatan dan kesihatan universiti serta perundangan yang berkaitan.

b) Membangunkan dan mengemaskini prosedur-prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan di tempat kerja.

c) Menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana perkara yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

d) Menjalankan pemeriksaan secara berkala di tempat kerja dan menentukan kelestarian alam sekitar.

e) Menyediakan latihan, maklumat, dan promosi yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua staf, pelajar, kontraktor, dan pelawat.

f) Sebagai penasihat kepada majikan dan FPJB dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

g) Menyediakan laporan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

h) Perkongsian maklumat dengan JKKP, BOMBA, dan pihak berkuasa yang berkaitan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

i) Menyediakan pelan induk pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

j) Memastikan setiap kontraktor atau pembekal yang dipilih mematuhi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Universiti.