8 Julai 2024 – Sempena Maal Hijrah 1446H, UPNM dengan kerjasama The Weststar Group telah mengadakan Kuliah Dhuha Perdana bertajuk “Hijrah: Erti Kehidupan Sebenar” yang disampaikan oleh Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad Batubara di Masjid UPNM.
 
Turut hadir YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor, ahli-ahli LPU, pengurusan tertinggi serta warga UPNM dan The Weststar Group.




*Lihat Video Pendek Disini: https://youtu.be/WPHYICdxh5c?si=pTYHwG4QEfiZfiMj