05 November 2024 | UPNM - Unit Integriti, Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) dan Bahagian Undang-Undang (BUU) telah menganjurkan Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2024 (IQLUPNM 2024). Pelbagai program menarik juga bakal disajikan kepada warga UPNM sepanjang bulan November 2024.
 
 
 
IQLUPNM 2024 ini turut melibatkan usahasama dengan Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA) dan Angkatan Mahasiswa Anti-Rasuah (AMAR UPNM). Hari Integriti Nasional disambut setiap tahun pada 5 November sejak diisytiharkan pada tahun 2005 manakala Hari Kualiti Sedunia pula disambut setiap minggu kedua pada bulan November. Bahagian Undang-Undang pada edisi penganjuran kali ini turut serta menjadi penganjur bersama dalam usaha menyebar luas mengenai kepentingan integriti dalam konteks implikasi undang-undang.
Objektif penganjuran program-program pengukuhan ini adalah bertujuan untuk menjadikan UPNM sebagai sebuah universiti berintegriti bebas rasuah sejajar dengan gagasan Malaysia MADANI yang memperihalkan kerangka ikhtiar bagi mengembalikan martabat negara melalui teras pembangunan nilai, etika dan akhlak masyarakatnya. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan turut hadir bersama barisan pengurusan tertinggi universiti serta lebih 150 orang warga UPNM memenuhi Dewan Pendekar.