3 Mac 2025 | Melaka - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas kesudian menerima kunjungan hormat Naib Canselor UPNM serta sokongan penuh terhadap pelaksanaan Program 2u1i Sarjana Muda Penerbangan UPNM di International Aero Training Academy (IATAC), Melaka.
Program ini menjadi pemacu kepada pencapaian UPNM30 khususnya dalam agenda pemerkasaan program akademik berimpak tinggi yang menyepadukan pendidikan dan latihan profesional.
Program ini adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan ijazah akademik dan lesen penerbangan profesional melalui pendekatan 2u1i, hasil kerjasama strategik antara UPNM dan IATAC.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kerjasama ini turut membuka jalan kepada penerokaan bidang helikopter, penyelenggaraan (MRO) dan logistik aeroangkasa selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka sebagai Pusat Kecemerlangan Penerbangan.
UPNM terus mara sebagai universiti pertahanan terulung membina masa depan negara melalui pendidikan, latihan dan inovasi.