22 OGOS 2025 | UPNM: Centre for Defence and International Security Studies (CDISS), UPNM buat julung kalinya menganjurkan forum bertema “80th Anniversary of Hiroshima and Nagasaki Atomic Bombings: Strategic Lessons for Today” di Dewan Bestari.
 
Forum ini membuka ruang wacana yang kritikal bukan sekadar mengimbau sejarah, tetapi meneliti bagaimana tragedi itu membentuk doktrin ketenteraan, undang-undang antarabangsa serta bagaimana teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) kini menjadi faktor dalam strategi pertahanan global.
 
Ucapan pembukaan disampaikan Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad diikuti forum bersama tiga panel Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal (Bersara) dan Lt Jen Dato’ Fadzil Mokhtar (Bersara).
 

 
Apa yang dipelajari? Bahawa tragedi Hiroshima dan Nagasaki adalah titik noktah Perang Dunia Kedua namun juga titik mula kepada persoalan lebih besar. Bagaimana dunia boleh mengelakkan tragedi sama daripada berulang.
 
Dengan penganjuran ini, CDISS bukan sahaja mengangkat nilai sejarah, tetapi membuktikan peranannya sebagai medan ilmu strategik. Inilah sebahagian daripada aspirasi UPNM30. Sejarah jadi cermin. Ilmu jadi panduan. Keamanan jadi misi.