CTL UPNM telah membangunkan sebuah platform di mana pelajar dapat menyertai Micro-Credentials (MC) secara atas talian. Oleh itu, demi merealisasikan misi dan visi CTL, para pensyarah diharapkan untuk menghebahkan kepada semua pelajar untuk mendaftarkan diri ke dalam  kursus-kursus MC di portal rasmi MOOC UPNM.  

  1. Computer Graphics and Visualization

  2. Arabic Language

  3. Multimedia

  4. Register-Transfer Level (RTL)

  5. Military History Part II

 

Prosedur mendaftarkan diri dalam kursus Micro-Credentials UPNM:

  1. Log masuk melalui portal E-learning UPNM
  2. Klik UPNMooc di bahagian Network Server
  3. Kemudian, klik menu Site home untuk mengakses senarai MOOC dan MC UPNM.
  4. Pilih kursus yang dikehendaki dan klik butang 'Enrol me'.