2023

Program Pertukaran Pelajar (Student Inbound Mobility at UPI) diantara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Program ini melibatkan kesemua 6 orang pelajar awam yang terdiri daripada 4 orang pelajar dari Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan (FPPP) dan 2 orang pelajar dari Akademi Ketangkasan Pertahanan (AKP). Program ini adalah inisiatif bersama Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) dan Pejabat Jaringan Akademik dan Antarabangsa (PJAA) di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA).
 
 

 

2022

Lawatan ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin dan Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah Binti Abdul Wahab telah dilantik sebagai Profesor Pelawat Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

    

  

Pertukaran pensyarah Research Methodology (RM) diantara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Satu kolaborasi telah dijalankan iaitu Research Methodology (RM), pertukaran pensyarah dalam kluster Sains Teknologi Kejuruteraan Matematik(STEM) dan sains sosial. Kolaborasi ini telah dijalankan pada 4 Jun 2022 sehingga 24 Julai 2022.

 

 

2021

Memorandum Of Understanding bersama Universitas Pendidikan Indonesia.

 "MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”