PRAKATA PENGARAH PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN,
CENTRE FOR TEACHING AND LEARNING (CTL), UPNM
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran atau juga dikenali sebagai Centre for Teaching and Learning (CTL) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diasaskan pada 1 Oktober 2021 selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkasakan pendidikan digital negara. CTL UPNM merupakan salah sebuah pusat yang fokus tujahannya ialah membantu para akademik dan pelajar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di UPNM.
Ini termasuk juga CTL bertanggungjawab untuk membuat pemantauan, pembangunan serta penilaian terhadap kursus-kursus asas Pengajaran dan Pembelajaran (KAPP), menjadi salah satu daripada Jawatankuasa Induk Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA), mengawalselia keberkesanan penggunaan platform e-Learning (Learning Management System), Massive Open Online Courses (MOOC), Micro-Credentials (MC) serta kursus-kursus pengaplikasian teknologi dalam pendidikan digital.
Di CTL UPNM juga, penterjemahan matlamat Hala Tuju KPT juga diselaraskan dengan pembangunan garis panduan, amalan terbaik serta bahan-bahan rujukan yang membantu para akademik dalam menghasilkan bahan-bahan PdP berkualiti serta mengoptimumkan fasiliti pembelajaran di UPNM.
Akhir kata, diharap agar CTL dapat memberi lonjakan yang signifikan terhadap proses pendigitalan universiti kearah pembudayaan pembelajaran abad ke-21 dengan menerapkan nilai-nilai insaniah dalam proses PdP, iaitu humanizing digital education. Aura ini disalurkan melalui visi pusat ini iaitu Peneraju Pemikiran Masa Depan (Minds of The Future).
Sekian,
#SayangiUPNM
Prof. Madya. Ts. Dr Norshahriah Binti Abdul Wahab
Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran,
Centre for Teaching and Learning (CTL)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.