Bengkel Pelaksanaan Program Rintis 2U1H 

Bengkel yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memperincikan perancangan untuk pelaksanaan empat program yang dipilih untuk 2U1H. Program yang terpilih ini adalah program tiga tahun yang akan dijalankan secara 2 tahun di kampus (2U) dan 1 tahun secara hibrid (1H).

    

 

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pembelajaran Hibrid

Pada 1 Jun 2022 yang lalu, Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pembelajaran Hibrid Mesyuarat dengan usaha sama Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran Malaysia (MEIPTA) telah dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, UPNM. Seramai 13 orang Ketua Penyelaras e-Pembelajaran dari beberapa buah Universiti Awam telah mengambil bahagian di dalam bengkel ini.

 

Bengkel Pembangunan MOOC/MC 2022

Bengkel ini diadakan pada 30 Mac 2022 di Makmal Kreatif Media Aras 1 Bangunan Lestari. Bengkel ini telah dihadiri oleh beberapa pensyarah daripada Pusat Bahasa, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan. Bengkel ini diadakan untuk memberi penerangan tentang kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi untuk pembangunan video MOOC/MC.   

   

   

 

Bengkel Training of Trainers 

Bengkel ini berlangsung selama dua hari pada 25  dan 26 Mei 2022 di Makmal 1 Aras 2 Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK). Bengkel ini merupakan anjuran bersama UTM dan CTL untuk melatih staf dan pegawai mengendalikan moodle. Bengkel ini dihadiri oleh beberapa pegawai dari BTMK iaitu Puan Zafienas binti Che Ani, Puan Zaila Binti Kamisan dan Puan Sari Nashikim binti Radin Iskandar serta Encik Mohd Afiq bin Zamanhuri daripada CTL. Bengkel ini dikendali oleh Encik Syed Rahazuan Bin Syed Deraman dan diketuai oleh Encik Syed Norris Hikmi Syed Abdullah daripada UTM.