ZULFAQAR adalah jurnal pertama Penerbit UPNM dan dikenali sebagai ZULFAQAR: Jurnal Pertahanan dan Keselamatan Asia pada tahun 2010. Setelah beberapa tahun, ZULFAQAR telah dinaiktaraf dan diterbitkan semula sebagai ZULFAQAR dan dibahagikan kepada dua (2) kategori penerbitan, ZULFAQAR: International Journal Politic, Defense and Security (IJPDS) dan ZULFAQAR: International Journal Science Enginering and Technology (IJDSET) pada tahun 2014 bagi memberikan impak dan keterlihatan penerbitan jurnal di dalam dunia penerbitan jurnal terutamanya dalam bidang keselamatan dan pertahanan.

Mula disenaraikan dalam Malaysian Journal Management System (MyJurnal) pada tahun 2015 dan Malaysian Citation Index (MyCite) pada tahun 2017, jurnal ZULFAQAR mula mengorak langkah untuk lebih berketrampilan dan berhasrat untuk disenaraikan dalam jurnal bertaraf SCOPUS.

Mengorak langkah pertama ke arah penarafan SCOPUS, jurnal ini dinaiktaraf sebagai jurnal yang boleh diakses secara dalam talian bermula tahun 2015 dan dua (2) kategori penerbitan ZULFAQAR dijenamakan semula sebagai Journal of Defense Management, Social Science and Humanities (JDMSSH) dan Journal Science Enginering and Technology (JDSET).

Jurnal ZULFAQAR mengalu-alukan Pengarang untuk menyumbangkan makalah dalam bidang Pertahanan dan Keselamatan, Pengurusan Strategik, Dasar, Politik, Sejarah, Teknologi Ketenteraan, Keselamatan Siber, Perubatan Ketenteraan, Senjata Kimia, Sains Tulen dan yang seumpamanya untuk diterbitkan dan seterusnya menyebarkan ilmu penyelidikan yang diperoleh.

https://zulfaqar.upnm.edu.my/