Sidebar Menu

  • UTAMA
  • UNIVERSITI
    • Warta Universiti
    • Latar Belakang
    • Falsafah, Visi & Misi
    • Logo UPNM
    • Carta Organisasi
    • Canselor
    • Pro-Canselor
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Pengurusan Universiti
    • Senat
    • Piagam Pelanggan UPNM
    • Lagu UPNM
    • Ikrar UPNM
    • Cokmar
    • Hubungi Kami
  • PENTADBIRAN
    • Pejabat Pendaftar
    • Pejabat Bendahari
    • Pejabat TNC (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
    • Pejabat PNC (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat)
    • Pejabat Naib Canselor
      • Bahagian Undang-Undang
    • Pejabat PNC (Pengurusan Projek & Pembangunan Strategi)
    • Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
    • Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
    • Pejabat TNC (Penyelidikan & Inovasi)
    • Pejabat TNC (Akademik & Antarabangsa)
    • Akademi Latihan Ketenteraan
    • Pejabat Naib Canselor
    • Pejabat TNC (Akademik & Antarabangsa)
  • PROGRAM
    • Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan
    • Fakulti Kejuruteraan
    • Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan
    • Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan
    • Pusat Bahasa
    • Akademi Kecergasan Pertahanan
    • Pusat Penilaian APEL (Pusat APEL)
    • Program Di Tawarkan
    • Cara Memohon
    • Mod Pengajian Siswazah
    • Syarat Kemasukan : Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda
    • Pusat Asasi Pertahanan
  • PUSAT
    • Pusat Pengajian Siswazah
    • Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)
    • Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan
    • Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi
    • Pusat Pembangunan Akademik
    • Pusat Islam
    • Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data
    • Penerbit UPNM
    • Pusat Pengajian Pertahanan & Keselamatan Antarabangsa (CDiSS)
    • Pusat Pentropikalan (CENTROP)
    • Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital
    • Pusat Wilayah Undang-Undang Tentera & Kemanusiaan (CoMIHL)
    • Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan (HADR)
    • Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia (CHEMDEF)
    • Pusat Pengurusan Wakaf
    • Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Maritim
    • Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi
    • Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional
    • Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan
    • Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa
    • Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan
    • Pusat Kesihatan
    • Pusat Kesihatan UPNM
    • Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
    • Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran
  • KOMERSIL
  • KHIDMAT KOMUNITI
  • HUBUNGI KAMI

UPNM UPNM
  • UTAMA
  • UNIVERSITI
    • Warta Universiti
    • Latar Belakang
    • Falsafah, Visi & Misi
    • Logo UPNM
    • Carta Organisasi
    • Canselor
    • Pro-Canselor
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
    • Senat
    • Pengurusan Universiti
    • Piagam Pelanggan UPNM
    • Lagu UPNM
    • Ikrar UPNM
    • Cokmar
  • PENTADBIRAN
    • Pejabat Naib Canselor
    • Pejabat TNC (Akademik & Antarabangsa)
    • Pejabat TNC (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
    • Pejabat TNC (Penyelidikan & Inovasi)
    • Pejabat PNC (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat)
    • Pejabat PNC (Pengurusan Projek & Pembangunan Strategi)
    • Pejabat Pendaftar
    • Pejabat Bendahari
    • Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
    • Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
    • Akademi Latihan Ketenteraan
  • PROGRAM
    • Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan
    • Fakulti Kejuruteraan
    • Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan
    • Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan
    • Pusat Bahasa
    • Pusat Asasi Pertahanan
    • Akademi Kecergasan Pertahanan
    • Pusat Penilaian APEL (Pusat APEL)

    Program Pra-Siswazah

    • Program Di Tawarkan
    • Cara Memohon
    • Syarat Kemasukan : Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda

    Program Pasca-Siswazah

    • Mod Pengajian Siswazah
  • PUSAT
    • Pusat Pengajian Siswazah
    • Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd)
    • Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan
    • Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi
    • Pusat Pembangunan Akademik
    • Pusat Islam
    • Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data
    • Penerbit UPNM
    • Pusat Pengajian Pertahanan & Keselamatan Antarabangsa (CDiSS)
    • Pusat Pentropikalan (CENTROP)
    • Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital
    • Pusat Wilayah Undang-Undang Tentera & Kemanusiaan (CoMIHL)
    • Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan (HADR)
    • Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia (CHEMDEF)
    • Pusat Pengurusan Wakaf
    • Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Maritim
    • Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi
    • Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional
    • Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan
    • Pusat Jaringan Akademik dan Antarabangsa
    • Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan
    • Pusat Kesihatan
    • Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran
  • KOMERSIL
  • KHIDMAT KOMUNITI
  • HUBUNGI KAMI
Buletin

Lawatan Naib Canselor ke IATAC, UPNM Sedia Terbang Tinggi

Details
Kemas kini: 03/07/2025
Bil. Capaian: 92
3 JULAI 2025 | MELAKA: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad meluangkan masa bersama tim jawatankuasa meninjau sendiri persiapan akhir di International Aero Training Academy (IATAC) menjelang pelancaran rasmi Program 2u1i: IATAC-UPNM Aviation Open Day 2025 yang bakal berlangsung pada 8 Julai 2025.
 
Lawatan ini bukan sekadar menyemak lokasi tetapi menjadi ruang kolaboratif antara UPNM dan IATAC dalam memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan berimpak khususnya dalam memperkukuh latihan industri yang selari dengan bidang tujahan pertahanan.
 
 

 
Program 2u1i ini merupakan antara inisiatif utama yang memdukung pelan strategik UPNM30 yang menekankan kesarjanaan, kebolehpasaran dan jalinan strategik dengan industri.
  • Buletin 2025
Buletin

Naib Canselor UPNM Adakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Menteri Melaka Sempena Pelancaran Program Penerbangan 2u1i IATAC Melaka

Details
Kemas kini: 03/07/2025
Bil. Capaian: 98
3 Mac 2025 | Melaka - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas kesudian menerima kunjungan hormat Naib Canselor UPNM serta sokongan penuh terhadap pelaksanaan Program 2u1i Sarjana Muda Penerbangan UPNM di International Aero Training Academy (IATAC), Melaka.
 
Program ini menjadi pemacu kepada pencapaian UPNM30 khususnya dalam agenda pemerkasaan program akademik berimpak tinggi yang menyepadukan pendidikan dan latihan profesional.
Program ini adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan ijazah akademik dan lesen penerbangan profesional melalui pendekatan 2u1i, hasil kerjasama strategik antara UPNM dan IATAC.
 
 

 
Kerjasama ini turut membuka jalan kepada penerokaan bidang helikopter, penyelenggaraan (MRO) dan logistik aeroangkasa selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka sebagai Pusat Kecemerlangan Penerbangan.
 
UPNM terus mara sebagai universiti pertahanan terulung membina masa depan negara melalui pendidikan, latihan dan inovasi.
  • Buletin 2025
Buletin

Naib Canselor Turun Padang: Fokus Perkasa Fakulti Kejuruteraan

Details
Kemas kini: 30/06/2025
Bil. Capaian: 719
30 JUN 2025 | UPNM: YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM telah mengadakan lawatan rasmi ke Fakulti Kejuruteraan (FKJ) sebagai sebahagian daripada pendekatan mendekati fakulti dalam menyokong pelaksanaan strategi UPNM30 khususnya teras Kesarjanaan dan Pusat Kecemerlangan.
 
Lawatan dimulakan dengan sesi pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Taufik bin Jusoh @ Tajudin, Dekan FKJ berkenaan pencapaian, cabaran dan perancangan masa depan fakulti. YBhg. Naib Canselor turut berkongsi pandangan dan sokongan terhadap usaha fakulti memperkukuh penyelidikan, inovasi dan keupayaan tenaga akademik.
 
 
Sesi diteruskan dengan townhall bersama staf, ruang interaktif yang membolehkan suara warga FKJ didengari secara langsung selari dengan aspirasi UPNM30 untuk membina tadbir urus yang responsif dan inklusif.
 
Lawatan akan disambung semula esok ke beberapa makmal bagi meninjau kemudahan, projek penyelidikan serta potensi kolaborasi masa depan.
Lawatan ini mencerminkan iltizam kepimpinan universiti dalam memperkasakan fakulti sebagai pusat rujukan dalam bidang kejuruteraan pertahanan.
 
  • Buletin 2025
Buletin

Naib Canselor UPNM adakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Details
Kemas kini: 02/07/2025
Bil. Capaian: 489
2 JULAI 2025 | PUTRAJAYA: YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Prof. Datuk Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pagi tadi.
 
Kunjungan ini disusuli dengan sesi perbincangan bersama KPT dan delegasi UPNM yang memfokuskan kepada aspek governans dan laluan kerjaya akademik selaras dengan hala tuju UPNM30.
 

Kerjasama strategik bersama KPT ini amat penting dalam memperkukuh ekosistem tadbir urus pendidikan tinggi yang mampan, dinamik dan berimpak tinggi. Turut hadir daripada JPT ialah Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan) dan Encik Izamael Zamzuri bin Ismail, Pengarah Bahagian Governan IPTA.

 
  • Buletin 2025
Buletin

HIMA UPNM 2025: Menyemarak Kesarjanaan, Mengangkat Kecemerlangan

Details
Kemas kini: 25/06/2025
Bil. Capaian: 551
25 JUN 2025 | UPNM: UPNM hari ini meraikan seramai 161 warga universiti dalam Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA) 2025 berteraskan tema “UPNM30 Memacu Kesarjanaan Berinovasi”.
 
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang turut merakamkan penghargaan terhadap pencapaian warga UPNM. “Inovasi tidak lahir daripada zon selesa, tetapi daripada keberanian yang mencabar batas pemikiran. Warga UPNM perlulah berfikiran kreatif dan berani berinovasi demi memajukan universiti ini,” ujar beliau dalam ucapan perasmian.
Antara anugerah utama yang disampaikan termasuk 86 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 31 penerima Anugerah Akademik Cemerlang (AAC), 39 penerima Anugerah Hari Inovasi (AHI) dan 6 FPJB menerima 5 bintang Penarafan QMSR Tahun 2024.
 
Puan Fazielah binti Mohamad, Pendaftar diumumkan sebagai pemenang anugerah utama iaitu Anugerah Khas Kualiti Pengerusi LPU. Anugerah Tokoh Akademik Universiti dimenangi oleh Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP). Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) pula diumumkan sebagai penerima utama QSMR 2024 dengan markah tertinggi sebanyak 97%.
Dalam ucapan Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menegaskan bahawa HIMA bukan sekadar pengiktirafan simbolik, tetapi satu medan mengangkat pencapaian warga sebagai pemacu budaya prestasi tinggi dalam ekosistem universiti. “Kejayaan yang diraikan bersama ini akan terus menjadi pemangkin dalam kita menuju UPNM30. Kesarjanaan adalah komitmen seumur hidup yang menuntut ilmu, nilai dan tindakan yang berasaskan integriti dan impak,” katanya.
 
HIMA 2025 turut dihadiri ahli LPU, pengurusan tertinggi serta warga universiti yang bersama menjunjung nilai kesarjanaan dan inovasi menuju UPNM30. UPNM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini memberi inspirasi untuk lebih berjaya di masa akan datang demi UPNM.

  • Buletin 2025

More Articles ...

  1. AKBP 2025: Pengiktirafan Kepimpinan Mahasiswa, Cerminan Arah UPNM30
  2. Selesai Sudah - Larian Amal PPW 2025!
  3. UPNM Perintis Program WBL 2.0, Perkasa Pendidikan Tinggi ATM
  4. Mesyuarat Audit MPM Bil. 1/2025 Dipengerusikan Naib Canselor UPNM

Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran

  • Rakan Strategik CTL
    • Universitas Pendidikan Indonesia
    • UNITAR International University
  • Pengenalan
  • Logo CTL
  • Visi dan Misi CTL
  • Carta Organisasi
    • Ketua Eksekutif
  • Massive Open Online Courses (MOOC)
  • Micro-Credentials (MC)
  • Laman Web CTL
  • Galeri CTL
    • Galeri 2024
    • Galeri 2023
    • Galeri 2022
    • Galeri 2021
  • Aktiviti CTL
    • Webinar/Talk/Forum
    • Bengkel
    • Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian di UPNM (Bil. 2)
    • MOOC/MC Video Shooting
    • Lawatan
    • Hari Inovasi dan Majlis Anugerah
    • Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran
  • Direktori Staf CTL
  • Hubungi Kami

PENAFIAN | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Safari atau Google Chrome versi terkini dengan resolusi melebihi 1024X768
Hakcipta © 2022 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia