PROJEK KERJASAMA INDUSTRI

Konsep libatsama Industri adalah merujuk kepada aktiviti melibatkan perkongsian / kerjasama strategik antara UPNM dan industri. Ianya dilaksanakan melalui pelbagai platform dengan setiap projek dibuktikan dengan surat pengesahan tawaran / penerimaan atau perjanjian persetujuan (MoU/MoA). Peranan universiti adalah untuk memindahkan teknologi dan pengetahuan bagi meningkatkan nilai dalam kemajuan dan pembangunan ekonomi. Hubungan universiti-industri dalam bentuk perkongsian dilihat semakin penting dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Industri terlibat secara langsung dalam memupuk dan menyokong pembentukan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

 

Kerjasama strategik ini mampu menyokong kepada pembangunan produk dan perkhidmatan dengan nilai tambah yang baharu dalam menyumbang kepada penciptaan kekayaan. Dengan strategi ini, rakan kongsi berjanji untuk menyumbang dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam bidang penyelidikan, pembelajaran & pengajaran, perkhidmatan, pembangunan profesional dan apa-apa aktiviti ilmiah lain yang berkaitan dan saling menguntungkan dengan universiti dan industri.

 

Pada tahun 2021, Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan telah menjalinkan kerjasama industri dengan beberapa syarikat, antaranya ARS Sdn Bhd, VNet Sdn Bhd, MIROS, KLMC Sdn Bhd, My Medikal Sdn Bhd, Greenibs Sdn bhd, SubTurbo Sdn Bhd dan lain-lain. Hasil yang diharapkan dari perkongsian ini akan dapat dilihat dalam pembaikan dan peningkatan kemampanan industri dan universiti dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan pengkayaan.