COPYRIGHT : DO’S AND DON’TS  

 

Pada 24 September 2021  Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC) telah menganjurkan webinar yang bertajuk COPYRIGHT : DO’S AND DON’TS  yang disampaikan oleh Pn Noorfarrawiza Binti Mohamed Zabidi dari MyIPO. Webinar ini adalah percuma kepada semua staf UPNM dan ditujukan kepada mereka yang berminat untuk bercakap tentang cabaran hak cipta pada masa semasa dan cara untuk  menanganinya. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti webinar ini yang telah diadakan dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang optimum kepada penyelidik khususnya berkenaan hak cipta.