Pameran Penyelidikan sempena

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ke

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 26 Februari 2021  telah menerima lawatan kerja daripada YB Dato’ Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turut hadir semasa lawatan kerja berkenaan adalah YBhg. Lt Jen Dato' Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Pengurusan Tertinggi UPNM.

 

Sempena Lawatan kerja ini turut diadakan pameran penyelidikan berkenaan produk inovasi dan penyelidikan oleh para penyelidik dan warga UPNM. Semasa sesi lawatan kerja ini juga, YB Dato’ Mansor berpeluang untuk beramah mesra dengan pelajar dan Pegawai Kadet UPNM. YB Dato’ Mansor telah menyampaikan sumbangan bantuan KPT Prihatin berupa pemberian komputer riba dan dermasiswa bernilai RM1,000.00 seorang kepada sebahagian para pelajar UPNM yang memerlukan. Delegasi daripada KPT juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di atas kapal dengan slot simulator kapal oleh Pusat Maritim UPNM. Ini telah memberi pendedahan kepada delegasi KPT berkenaan fasiliti dan infrastruktur Universiti.