- Details
- Bil. Capaian: 219
22 APRIL 2026 | MITEC: Melalui Collabsphere 2: Strategic ICP - Bridging Local Capability and Global Expertise Under The National Defence Industry Policy dengan tema Integrating CDIM and Global OEMs: A New Era of Technology Transfer, UPNM membawa peranan akademia ke barisan hadapan dalam agenda Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) menghubungkan dasar, industri dan kepakaran ke arah kemandirian sebenar.
Forum ini menampilkan ucap tama oleh Timbalan Menteri Pertahanan, yang menekankan kepentingan kolaborasi strategik dalam memperkukuh ekosistem industri pertahanan negara. Dalam masa yang sama, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menegaskan peranan universiti sebagai pemacu utama dalam ekosistem ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

![]() |
![]() |
“UPNM komited untuk memainkan peranan sebagai pemacu akademik utama dalam agenda nasional ini, dengan merapatkan jurang antara penyelidikan, industri dan keperluan teknologi pertahanan,” katanya.
Di sinilah peranan UPNM diterjemah daripada ilmu kepada keupayaan, daripada perbincangan kepada tindakan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 217
21 APRIL 2026 | MITEC: Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra, Raja Muda Perlis berkenan berangkat ke booth Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sempena DSA & NATSEC Asia 2026.
Keberangkatan baginda mencerminkan keyakinan terhadap peranan UPNM dalam memperkukuh ekosistem pertahanan negara melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 200
20 APRIL 2026 | KUALA LUMPUR: UPNM memperkukuh peranannya sebagai universiti pertahanan negara melalui pertukaran dokumen melibatkan 14 kolaborasi strategik bersama rakan industri dan agensi sempena DSA & NATSEC Asia 2026 di MITEC.
Kerjasama signifikan bersama pemain global seperti MBDA France, Airbus Helicopters dan MKE Turkiye mencerminkan penglibatan UPNM dalam pembangunan teknologi pertahanan bernilai tinggi, manakala kolaborasi dengan MINDEF melalui National Resilience Course serta Cradle Fund memperkukuh agenda kesiapsiagaan, inovasi dan pengkomersialan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Majlis ini disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali sekali gus menzahirkan komitmen bersepadu antara universiti, industri dan kerajaan dalam memperkukuh ekosistem pertahanan negara.
Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad berkata, kolaborasi ini memastikan penyelidikan dan kepakaran universiti diterjemahkan kepada keupayaan sebenar yang menyokong kesiapsiagaan dan kedaulatan negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 201
20 APRIL 2026 | MITEC: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tuan Hj Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan bagi taklimat Collabsphere 2: Strategic ICP anjuran UPNM sempena DSA & NATSEC Asia 2026.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 4357
11 APRIL 2026 | MELAKA: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, sejurus selesai Majlis Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Alai.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan MADANI yang dilaksanakan oleh UPNM, membawa perubahan nyata di Kampung Alai melalui pembangunan infrastruktur dan inisiatif komuniti bernilai RM1 juta yang kini mula dimanfaatkan oleh penduduk setempat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dalam suasana mesra, Naib Canselor berkongsi bagaimana pelaksanaan program ini bukan sahaja memperkasa komuniti, tetapi turut membangunkan modal insan dan bakat masa hadapan selari dengan peranan UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara.
Kunjungan ini bukan sekadar refleksi kejayaan semasa, tetapi juga langkah membuka ruang kepada pengembangan program ke skala lebih luas menjadikan Kampung Alai sebagai model pembangunan komuniti yang menyeluruh.
More Articles ...
- UPNM menerajui Program Kampung Angkat MADANI - pelaksanaan yang kini dirasai di Kampung Alai, Melaka.
- UPNM ke Kampung Alai. Daripada sebuah inisiatif… terbina sebuah gelanggang yang menyatukan komuniti.
- Hampir 250 peserta, satu misi, bergerak bersama.
- UPNM Perluas Akses Pendidikan Penerbangan Melalui Pembiayaan Program Dwi Kelayakan.




















































