22 APRIL 2026 | MITEC: Melalui Collabsphere 2: Strategic ICP - Bridging Local Capability and Global Expertise Under The National Defence Industry Policy dengan tema Integrating CDIM and Global OEMs: A New Era of Technology Transfer, UPNM membawa peranan akademia ke barisan hadapan dalam agenda Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) menghubungkan dasar, industri dan kepakaran ke arah kemandirian sebenar.
 
Forum ini menampilkan ucap tama oleh Timbalan Menteri Pertahanan, yang menekankan kepentingan kolaborasi strategik dalam memperkukuh ekosistem industri pertahanan negara. Dalam masa yang sama, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad menegaskan peranan universiti sebagai pemacu utama dalam ekosistem ini.
 

 
“UPNM komited untuk memainkan peranan sebagai pemacu akademik utama dalam agenda nasional ini, dengan merapatkan jurang antara penyelidikan, industri dan keperluan teknologi pertahanan,” katanya.
 
Di sinilah peranan UPNM diterjemah daripada ilmu kepada keupayaan, daripada perbincangan kepada tindakan.