- Details
- Bil. Capaian: 197
SESI SYARAHAN ILMIAH YB TIMBALAN MENTERI AGAMA DI UPNM
Tema 'KEDAMAIAN' telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan bagi sesi syarahan ilmiah di UPNM. Pengisian beliau turut tidak meninggalkan kepentingan mahasiswa dalam menentukan hala tuju negara, khususnya dalam memenuhi Aspirasi Malaysia Madani dalam mengekalkan kedamaian di Malaysia.
YB Senator Dr. Zulkifli turut memberi peluang kepada pelajar berdialog dan menyuarakan pendapat secara terus dengan beliau. Program diakhiri dengan sesi serahan Mock-Cheque Bantuan Zakat daripada Tabung Haji kepada UPNM berjumlah sebanyak RM350,000.00. Turut hadir bersama Sesi Syarahan Ilmiah ini adalah Hajah Lana Mahbob merupakan Penolong Pengurus Besar (Penjenamaan Korporat), Tabung Haji, wakil daripada pihak YADIM, wakil daripada pihak YBTMA serta YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan barisan pengurusan tertinggi universiti.
- Details
- Bil. Capaian: 219
PROGRAM GEROBOK REZEKI KOMUNITI UNIVERSITI MAIWP-UPNM BULAN OKTOBER
Program Gerobok Rezeki Komuniti kembali ke UPNM. Hasil inisiatif dan kolaborasi strategik Pusat Pengurusan Wakaf UPNM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Empire Project, program sumbangan makanan dan peralatan kekemasan diri yang dibekalkan secara bulanan bagi sepanjang 2024 ini memberi manfaat buat sekurang-kurangnya 1800 orang pelajar UPNM bagi setiap penghantaran.
Aktiviti ini turut dibantu oleh staf Pusat Pengurusan Wakaf, sukarelawan pelajar serta sukarelawan Empire Project. Semoga penyumbang kepada gerobok rezeki dilimpahi pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t.
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM KE LEMBAGA TABUNG HAJI MALAYSIA (TH)
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan sesi kunjungan hormat bagi perjumpaan bersama Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Tabung Haji, Tuan Ekma Faroza bin Kamarudin. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan mengenai inisiatif yang boleh dikolaborasi bersama oleh pihak PPW dan TH yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar asnaf dan B40 di UPNM.
Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai Program IQRA' yang menjadi agenda utama kepada kunjungan hormat ke Tabung Haji kali ini. Antara yang dibincangkan adalah program yang akan dijalankan serta tadbir urus kemasukan dana Program IQRA ke Tabung Wakaf Pendidikan UPNM dan juga pihak yang diberikan amanah untuk menguruskan dana program.
Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Ahmad Sani bin Ismail serta staf Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Mohd Azuan bin Jamaludin.