1. Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan bagi menangani isu-isu integriti, terutamanya berkaitan perilaku rasuah, penyelewengan,  dan salah guna kuasa dalam organisasi.

2. Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. 

3. Pengesanan dan Pengesahan 

i. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan

ii. melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

4. Pengurusan Aduan

Pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan tatakelakuan dan etika organisasi bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap aduan/ maklumat. 

5. Pematuhan

Pemantuan ke atas pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di organisasi bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai melakukan kesalahan dari segi jenayah mahupun tatakelakuan dan etika. 

6. Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Senarai Tugas Lain

1. Bertindak sebagai setiausaha dan urus setia bagi Jawatankuasa dan Mesyuarat berikut:

i. Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR);

ii. Jawatankuasa Siasatan berhubung isu integriti.

2. Menguruskan dan mengendalikan Pengisytiharan Harta Staf di bawah Peraturan 9, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

3. Menguruskan dan membuat pengesahan Tapisan Keutuhan SPRM dan PDRM bagi calon kenaikan pangkat  dan penerima pingat kebesaran. Tapisan Am, persaraan pilihan dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.