Tarikh: 02 Disember 2021 | Khamis
Masa: 10 am - 12 pm
Platform: Microsoft Teams
Perkongsian oleh mantan Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, Ybhg. Dato' A Samat Kasah mengenai kuasa yang seringkali memerangkap penjawat awam khususnya dalam menjalankan tugas mereka. Apabila berlakunya pertembungan antara kepentingan diri dan kepentingan awam, manakah menjadi keutamaan kita?
Pada sesi webinar kali ini, penceramah mendedahkan banyak kes yang pernah dilaporkan dan disiasat oleh SPRM, menunjukkan penjawat awam seringkali terdedah kepada perlakuan sebegini. Tidak hanya kepada yang memegang jawatan tinggi bahkan juga yang diperingkat bawahan. Perkongsian menarik ini telah mendapat respon yang cukup baik dan menjadi pedoman serta pengajaran kepada warga UPNM agar sentiasa menjaga integriti diri dalam melaksanakan tugas. Memetik bait kata dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Anak Bapak, "sekali orang tak percayakan aku, sampai mati pun orang takkan percayakan aku.."