BENGKEL PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM BIL. 1/2025 BERTEMPAT BILIK PANGKOR, PUSAT MARIN

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Sayuti Bin Ab Ghani, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM. Ahli Jawatankuasa yang hadir, Encik Rashid bin Nordin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Puan Nor Hazimah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Encik Mohd Hisham bin Mohd Ayat, Penolong Bendahari Kanan UPNM, Encik Ahmad Rifad bin Abdul Rashid, Pegawai Penerangan Kanan Pusat Pengajian Siswazah dan Encik Bahaman bin Haron, Penolong Jurutera Kanan Fakulti Kejuruteraan. Turut hadir adalah staf dari Pusat Pengurusan Wakaf iaitu Encik Ahmad Sani bin Ismail dan Encik Mohd Azuan bin Jamaludin.

Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan beberapa cadangan serta status projek-projek wakaf, pembentangan laporan pencapaian pusat sepanjang tahun 2024 dan aktiviti yang akan dilaksanakan bagi tahun 2025.

Mesyuarat berjalan lancar dan semoga segala perancangan yang telah dijadualkan dapat dijalankan dengan jayanya. YBhg. Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani selaku Pengerusi AJK Kerja Wakaf mengucapkan terima kasih kepada semua AJK diatas kerjasama yang telah diberikan dan juga meminta untuk terus mengekalkan prestasi yang cemerlang demi kebajikan pelajar-pelajar UPNM.