1.  Projek Pembangunan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan Negara 
    (Projek Di Bawah Inisiatif / Kesinambungan Daripada Kertas Putih Pertahanan)

    Penasihat: YBhg Naib Canselor UPNM
    Penyelidik yang terlibat:
  • Prof. Dato' Dr. Jesbil Singh
  • Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey
  • Lt Jen Dato' Fadzil bin Mokhtar (Bersara)
  • Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah @ Betsy Bennet
  • Mejar Jeneral Dato' Dr. Pakianathan Dawson @ A.Endry Nixon (Bersara)

 

 

 2.Projek Kertas Putih Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia

Kertas Putih Pertahanan (KPP) adalah satu usaha yang dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan selaras dengan aspirasi kerajaan dalam mengamalkan tadbir urus yang baik berlandaskan kepada prinsip keterbukaan, ketelusan dan inklusif. KPP dihasratkan untuk menjadi satu dokumen pernyataan niat dan kemampuan yang menggariskan arah tuju pertahanan dan keselamatan negara.

Penglibatan CDiSS dalam Projek Kertas Putih Pertahanan telah bermula sejak Oktober 2018. Penglibatan Pengarah dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan) CDiSS sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Ahli Jawatankuasa Tim Teknikal Kertas Putih Pertahanan memberi impak besar kepada CDiSS dalam memainkan peranannya sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan di UPNM.

Kertas Putih Pertahanan ini telah dibentangkan oleh YB Menteri Pertahanan di Parlimen pada 2 Disember 2019.

 

 

Sepanjang proses pembangunan Kertas Putih Pertahanan ini, beberapa program/aktiviti yang telah diadakan yang melibatkan Pengarah dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan) CDiSS seperti berikut:

 

Perwira Dialogue 1/2019

Perwira Dialogue Siri 1/2019 dengan tema “Navigating the Risks of Thucydides Trap: U.S. – China Relations and Southeast Asian Responses” telah diadakan pada 22 Januari 2019 bertempat di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan. Pengarah CDiSS telah dijemput sebagai pemudahcara (moderator) bagi Sesi 2 bertajuk “Mapping Southeast Asian Strategies: Mind the Trap, and Hedge Their Bets”.






Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tertinggi

Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tertinggi mengenai Kertas Putih Pertahanan telah diadakan pada 29 Januari 2019 bertempat di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan turut dihadiri oleh 75 peserta termasuk Menteri Dalam Negeri, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Setiausaha Negara dan lain-lain pegawai tertinggi kerajaan.

Pengarah CDiSS turut terlibat dalam mesyuarat ini yang merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam pembangunan Kertas Putih Pertahanan.

 

Perwira Dialogue 2/2019

Perwira Dialogue Siri 2/2019 ini yang melibatkan industri pertahanan telah diadakan pada 23 April 2019 bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. Pada siri kali ini, Timbalan Pengarah (Penyelidikan) CDiSS telah dijemput sebagai pemudahcara (moderator) bagi Sesi 1 bertajuk “Structural and Policy Reforms: Towards a Sustainable Defence Industry”.






Perwira Dialogue 3/2019

Perwira Dialogue Siri 3/2019 dengan tema 'People in Defence' telah didakan pada 22 Julai 2019 bertempat di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan.

Timbalan Pengarah (Penyelidikan) CDiSS telah dijemput sebagai pemudahcara (moderator) bagi Sesi 1 bertajuk “Attracting the Right Talents and Treating Them Right” sempena acara ini.






Perwira Dialogue 4/2019

Perwira Dialogue Siri 4/2019 yang bertemakan “Kertas Putih Pertahanan: Mempertahankan Negara (Defence White Paper: Defending the Nation)” merupakan siri terakhir ke arah pembangunan Kertas Putih Pertahanan (KPP) telah diadakan pada 24 Oktober 2019 bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Sempena acara ini, Pengarah CDiSS telah dijemput sebagai pemudahcara (moderator).







  1. Penyediaan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025

    Penglibatan CDiSS dalam penyediaan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 ini dimana Timbalan Pengarah (Penyelidikan) CDiSS telah dijemput sebagai Expert Panelist/ Discussant bagi Bengkel Penyediaan DKN ini.


  2. Pembangunan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan, bersama Kementerian Pertahanan Malaysia

    Timbalan Pengarah (Penyelidikan) dan Felo Pengajar CDiSS terlibat dalam proses pembangunan rangka tindakan ini.