Future-Proofing Military Minds
5 JUN 2025 | UPNM: CDISS UPNM telah menganjurkan Roundtable on Professional Military Education (PME) bertemakan “Future-Proofing Military Minds: Evolving PME for 21st Century Conflicts” bersama Dr. Tom Smith, Academic Director Royal Air Force College UK.
Sesi tertutup ini membincangkan hala tuju baharu dalam pendidikan ketenteraan profesional bagi melahirkan pegawai yang berwibawa, bersedia taktikal dan berpandangan strategik.
Turut hadir Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, YBhg. Mej Jen Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Asisten Ketua Staf Operasi Latihan Pertahanan serta pegawai-pegawai dari Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dan Bahagian Operasi Latihan Pertahanan (BOLP) Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Penganjuran perbincangan mejabulat ini mendukung aspirasi #UPNM30 menjadikan UPNM sebagai hub untuk PME nasional.

