9 JULAI 2025 | UPNM: UPNM hari ini menerima kunjungan hormat daripada Kemalak Marine Sdn. Bhd. (KMSB) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kdr Mohd Faizal bin Ab Aziz TLDM (Bersara) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang akademik dan inovasi maritim.
Kunjungan ini telah disambut oleh Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan pengurusan universiti dalam satu sesi perbincangan yang rancak dan konstruktif.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk pembangunan program akademik maritim, latihan industri, pemindahan teknologi, penyelidikan bersama serta program protége yang dapat memperkasakan bakat muda dalam sektor strategik pertahanan maritim.
Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang bersifat ‘win-win’, memperkukuh ekosistem akademik-industri dan sekali gus menyokong matlamat UPNM30 untuk membina universiti yang berimpak tinggi dan relevan di pentas nasional serta antarabangsa.
Bersama, kita membina laluan baharu untuk ilmu, teknologi dan masa depan pertahanan negara.