- Details
- Bil. Capaian: 6
16 April 2025 | Kuala Lumpur - Satu sesi pembentangan dan perbincangan telah diadakan antara delegasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama syarikat Elitery dan Amazon Web Services (AWS) Malaysia Sdn. Bhd. Tujuan perbincangan ini adalah untuk meninjau dan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), Pengkomputeran Awan (Cloud Computing), Integriti Data dan lain-lain bidang teknologi berkaitan.
Delegasi UPNM telah diketuai oleh Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), bersama Dr. Sharifah Bahiyah Rahayu, Pengarah Pusat Keselamatan Siber dan Revolusi Industri Digital (PKSRID), Prof. Dr. Mohd Nazri bin Ismail, Ketua Jabatan Keselamatan Sistem dan Komunikasi, serta beberapa orang pensyarah kanan universiti.
Pihak Elitery pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Kresna Adiprawira, manakala AWS Malaysia Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Zahrin Abu Bakar, Pengurus Akaun Rakan Strategik Kanan (Senior Partner Account Manager).
Sesi ini membuka ruang kepada perbincangan yang konstruktif ke arah kolaborasi dalam pembangunan teknologi dan inovasi yang boleh dimanfaatkan bersama, khususnya dalam sektor pendidikan tinggi dan pertahanan negara.
- Details
- Bil. Capaian: 4315
*Tekan gambar untuk lihat lebih jelas
*Tekan gambar untuk lihat lebih jelas
- Details
- Bil. Capaian: 185
7 Oktober 2024 | UPNM - Delegasi MBDA Perancis telah hadir sekali lagi ke UPNM bagi meneruskan perbincangan mengenai kemajuan manfaat yang bakal diperolehi oleh UPNM daripada Program Kolaborasi Industri (Offset).
Perbincangan tertumpu kepada penilaian kerjasama yang sedang berlangsung serta memastikan kedua-dua pihak sejajar dalam memaksimumkan faedah bersama daripada program tersebut khasnya dalam menawarkan peluang akademik, keperluan modal insan dan penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, perbincangan berkenaan Memorandum Persefahaman (MoA) yang bakal dilaksanakan, telah diketengahkan sebagai pencapaian penting dalam memperkukuhkan kerjasama ini.
Delegasi MBDA telah diketuai oleh Hugues Regal dan UPNM oleh Kol Prof. Dr. Khairul Amali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan hadir sama Mej Jen Dato Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat). Pelaksanaan program ini dijangka akan berlangsung pada Oktober 2025.
- Details
- Bil. Capaian: 284
19 November 2024 | LTAT - Perbincangan telah diadakan dengan Strategic Defence Management (SDM) Sdn. Bhd. dalam membincangkan beberapa projek yang boleh diusahakan oleh UPNM bagi memenuhi perolehan Kementerian Pertahanan. SDM telah diketuai oleh En Hasry Harun dan UPNM telah diwakili oleh Ts. Dr. Mohamad Abu Ubaidah Amir bin Abu Zarim, Prof. Madya Dr. Mohd Fahmi bin Mohamad Amran, dan lain-lain.
- Details
- Bil. Capaian: 1136
6 September 2024 - Perbincangan dengan Strategic Defence Management Sendirian Berhad (SDM). SDM adalah sebuah syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang aktiviti terasnya adalah perundingan, pengurusan projek berkaitan pertahanan dan pengoptimuman rantaian bekalan untuk peralatan ketenteraan. Perbincangan ini telah diketuai oleh Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) bagi pihak UPNM dan En Hasry bin Harun bagi pihak SDM selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah En Nik Zamzuki bin Nik Lah dan En Wan Rozi Ab Rahman. Perbincangan ini berkisar dengan peluang Program Kolaborasi Industri dan hala tuju dalam memenuhi aspirasi negara.
![]() |
![]() |