- Details
- Bil. Capaian: 814
6 September 2024 - Perbincangan dengan Strategic Defence Management Sendirian Berhad (SDM). SDM adalah sebuah syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang aktiviti terasnya adalah perundingan, pengurusan projek berkaitan pertahanan dan pengoptimuman rantaian bekalan untuk peralatan ketenteraan. Perbincangan ini telah diketuai oleh Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) bagi pihak UPNM dan En Hasry bin Harun bagi pihak SDM selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah En Nik Zamzuki bin Nik Lah dan En Wan Rozi Ab Rahman. Perbincangan ini berkisar dengan peluang Program Kolaborasi Industri dan hala tuju dalam memenuhi aspirasi negara.
- Details
- Bil. Capaian: 43
29 Ogos 2024 - Mesyuarat Kerjasama UPNM - Naval Group France telah berlangsung pada 29 Ogos 2024. Naval Group diwakili oleh Nicolas Francois Antoine Dewerdt, International Cooperation and Offset Naval Group France, Bruno Chapeland, Managing Director Naval Group Malaysia dan Philippe Joseph Robert Gourmelon. Antara perbincangan adalah mengenalpasti skop Program Kolaborasi Industri (Offset) berkaitan dengan pendidikan dan penyelidikan, status terkini Memorandum Persefahaman yang telah dimetrai sebelum ini serta hala tuju akan datang bagi penyambungan MoU antara dua organisasi. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan tim UPNM yang berkenaan.
- Details
- Bil. Capaian: 59
26 Ogos 2024 - UPNM telah berpeluang bersama dengan Prof. Dr. Stefan Pickl dari Munchen Universiti dapat pelbagai manfaat mengenai penyelidikan operasi (operational research). Prof. Dr. Stefan Pickl merupakan Naib Presiden Jawatankuasa Jerman untuk Pengurusan Bencana DKKV dan Pengerusi Lembaga Penasihat Persatuan Jerman untuk Penyelidikan Operasi. Kehadiran Prof. Dr. Stefan telah disambut oleh oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, TNCAA, Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), PNC JIPK, Lt Kdr Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Norsyarizad bin Razali TLDM (Bersara), Dekan FSTP.
- Details
- Bil. Capaian: 53
28 Ogos 2024 - Mesyuarat Kerjasama UPNM - MBDA telah berlangsung pada 28 Ogos 2024. MBDA France dan UK diwakili oleh Emma Louise Morris, International Industrial Cooperation Head of Asia, Africa and Latin America Region Sales and Business Development, Matthew John Edwards and Hugues Bernard Jean Regal. Antara perbincangan adalah mengenalpasti skop Program Kolaborasi Industri (Offset) berkaitan dengan pendidikan dan penyelidikan. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan tim UPNM yang berkenaan.
- Details
- Bil. Capaian: 69
More Articles ...
- Minggu Konsultansi Bersama Research Group Leader EW Test and Evaluation Systems dari Council for Scientific and Industrial Research (CSIR), Afrika Selatan
- Perkongsian Pengalaman Pengurusan Kursi Sheikh Zayed Al-Nayan Bersama Institute Of Strategic and International Studies (ISIS)
- Perbincangan Jaringan Industri antara UPNM dan Malaysia Rail Development Corporation (MRDC)
- Perbincangan Jaringan Industri antara UPNM dan The Weststar Group