Keahlian Jawatankuasa Penerbitan Universiti (JPNU)

 

Pengerusi:

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

 

Ahli-Ahli:

- 2 orang Ahli Senat (wakil Profesor)

- Bendahari, Jabatan Bendahari (atau wakilnya);

- Pendaftar, Jabatan Pendaftar (atau wakilnya);

- Ketua Pustakawan, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (atau wakilnya);

- Wakil Tetap yang dilantik dari setiap FPJB bertaraf Pensyarah Kanan ke atas

- Ketua Sidang JDSET

- Ketua Sidang JDMSSH

- Pengarah, Penerbit UPNM

 

Setiausaha:

Penolong Pendaftar/Penolong Pendaftar Kanan/Pegawai Penerbitan/Pegawai Penerbitan Kanan, Penerbit UPNM

 

Urus Setia:

Penerbit UPNM

 

Autoriti/Punca Kuasa:

Mesyuarat Eksekutif Naib Canselor

 

BIDANG KUASA / TERMA RUJUKAN:

1. Menetapkan arah tuju dan strategi pelaksanaan Penerbitan Akademik UPNM selaras dengan Pelan Strategik UPNM.

2. Meluluskan sumber seperti kepakaran, tenaga kerja dan kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan arah tuju dan strategi Penerbitan Akademik UPNM.

3. Memantau pelaksanaan Penerbitan Akademik UPNM supaya selaras dengan Pelan Strategik Penerbitan Akademik UPNM.

4. Menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan Penerbitan Akademik antara UPNM dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

5. Meluluskan Penerbitan bahan akademik universiti mengikut prosedur kewangan yang telah ditetapkan.

6. Memantau perkembangan Penerbitan Akademik UPNM, serta memahami penyelesaian, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan penerbitan tersebut.

7. Menilai dan meluluskan permohonan penerbitan akademik UPNM dan penggunaan kewangan Tabung Penerbitan Ilmiah UPNM mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan.

8. Memperakukan panduan bagi Penerbitan Akademik UPNM.

9. Memperakukan kuantiti bahan yang perlu dicetak (Cetakan Akademik sahaja) yang menggunakan Tabung Penerbitan Ilmiah.

10. Meluluskan serta memperakukan harga jualan bagi setiap cetakan Akademik yang menggunakan Tabung Penerbitan Ilmiah.

11. Menggalakkan penerbitan akademik yang dimaksudkan dalam buku, jurnal, monograf, prosiding dan modul pengajaran.

12. Meluluskan pelantikan ahli Sidang Penasihat dan Sidang Editorial bagi jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh Penerbit UPNM.

 

DOKUMEN RUJUKAN: 

1. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;

2. Undang – undang Mesin Cetak dan Penerbitan;

3. Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)

4. Akta Hasutan