Penarafan Bintang Pengurusan Kualiti (Quality Management Star Rating – QMSR) telah menyediakan piala pusingan kepada penerima penarafan utama sebagai satu bentuk galakan kepada FPJB yang terlibat dalam meningkatkan kualiti pengurusan di FPJB masing-masing. Penarafan Utama ini diberikan kepada FPJB yang memperoleh penarafan tertinggi (ranking) bagi tahun penilaian. Buat julung kalinya, Pusat Asasi Pertahanan (PAP) telah menerima piala pusingan serta sijil penarafan LIMA bintang dengan markah 99%. Syabas dan Tahniah diucapkan atas pencapaian.
Sijil Penarafan QMSR Tahun 2024 (Penarafan Utama)
Penyerahan Sijil Penarafan QMSR Tahun 2024 (Penarafan Utama) semasa HIMA 2024