- Details
- Bil. Capaian: 1239
- Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan terhadap pembangunan teknologi mengesan dan meneutralkan agen-agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya;
- Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan terhadap pembangunan penawar atau antidot terhadap agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya;
- Menjadi pusat pendidikan untuk menyemai kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai bahaya senjata kimia dan bahan kimia berbahaya serta langkah-langkah pencegahan dan perlindungan yang bersesuaian; dan
- Membantu kerajaan dan agensi-agensi lain sebagai pusat rujukan untuk menyediakan maklumat dan pengetahuan berkenaan agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya serta membangun polisi menangani ancaman senjata kimia dan bahan kimia berbahaya;
Aktiviti-aktiviti CHEMDEF adalah hanya yang dibenarkan secara khusus di bawah Konvensyen Senjata Kimia dan adalah semata-mata untuk tujuan perlindungan daripada senjata kimia dan meliputi kegiatan yang tidak dilarang di bawah Konvensyen tersebut.
- Details
- Bil. Capaian: 1272
VISI
Menjadi sebuah pusat penyelidikan pertahanan dan keselamatan dalam bidang Pertahanan Kimia yang terkemuka di serantau
MISI
Menjalankan aktiviti penyelidikan, pendidikan dan latihan dalam pengesanan dan penyediaan penawar terhadap agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya bagi memenuhi keperluan negara dan serantau
- Details
- Bil. Capaian: 3648
JENIS PERALATAN | KADAR CAJ | |
1 | NMR |
1D: RM 150/SAMPEL 2D: RM 40/JAM |
2 | GCMS | RM 150/SAMPEL |
3 | HPLC | RM 100/SAMPEL |
4 | ICP-MS | RM 150/SAMPEL |
5 | FTIR | RM 50/SAMPEL |
6 | IC | RM 40/SAMPEL |
7 | CHNS/O | RM 100/SAMPEL |
- Details
- Bil. Capaian: 1759
CHEMDEF merupakan satu pusat kecemerlangan penyelidikan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang mempunyai tumpuan terhadap aktiviti pertahanan terhadap agen senjata kimia dan bahan kimia berbahaya. Aktiviti penyelidikan di CHEMDEF adalah sejajar dengan peruntukan di bawah Article X Chemical Weapons Convention – Assistance and Protection Against Chemical Weapons dan kini melibatkan penyelidikan berkaitan sensor pengesanan agen kimia berbahaya, bahan komponen kaedah perlindungan seperti penapis udara dan air, bahan pelengai dalam sistem penyahcemar (dekontaminasi) agen senjata kimia dan bahan antidot untuk menangani kesan agen kimia berbahaya. Selain itu CHEMDEF turut memudahcara penyelidikan dalam bidang pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Nuklear (CBRN) di peringkat UPNM. Sehubungan dengan itu, CHEMDEF turut menjalinkan perhubungan baik dengan lain-lain agensi penyelidikan dan pengawalan kebangsaan dalam bidang pertahanan CBRN di Malaysia.
CHEMDEF mengalu-alukan penyelidik yang berminat dalam bidang ini untuk bekerjasama dalam membangunkan usaha penyelidikan dalam bidang CBRN demi mengukuhkan kerjasama dan jaringan maklumat dalam bidang ini diserantau. CHEMDEF mempunyai keupayaan makmal tertentu dalam bidang penyelidikan ini dan sentiasa berusaha membangunkan kemudahan penyelidikan yang bersesuaian bagi membolehkan penyelidikan pertahanan terhadap ancaman ini terus maju serta mampu mengukuhkan tahap perlindungan kebangsaan dari ancaman ini agar sentiasa terpelihara dan berdaya maju.
- Details
- Bil. Capaian: 4140
Lt. Kol. Prof. Dr. Victor Feizal b Knight Victor Ernest@Abd Shatar(B)
Pengarah
Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext: 7622663
Dr. Muhammad Faizan bin A. Shukor
Pegawai Penyelidik (Q41)
Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext: 4445
Dr. Mohd Nor Faiz bin Norrrahim
Pegawai Penyelidik (Q41)
Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext: 7622232
Puan Nur Zahirah binti Zainal Abidin
Penolong Pegawai Sains (C29)
Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Puan Siti Faridah binti Mamat
Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext: 7622219