- Details
- Bil. Capaian: 1993
1 Oktober 2024 | UPNM - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menyampaikan ucapan di Dewan Zulfaqar pagi tadi sempena Majlis Perasmian Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) dan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025. MPJD Sarjana Muda telah bermula dari 29 September hingga 3 Oktober 2024 dan seramai 908 orang pelajar baharu telah mendaftar diri. Bacaan ikrar oleh Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 pagi tadi turut disaksikan oleh Barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.
- Details
- Bil. Capaian: 2494
29 September 2024 | UPNM - Suasana Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 pagi tadi. Turut diadakan Sesi Taklimat Khas YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM bersama Ibu Bapa di Dewan Zulfaqar.
- Details
- Bil. Capaian: 3315
24 September 2024 | UPNM - YBhg. Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Strategic Defence Management Sdn Bhd dan Bahagian Industri Pertahanan. Antara tujuan kunjungan syarikat yang berkenaan adalah bagi membincangkan berkenaan penglibatan UPNM secara inklusif dalam Program Kolaborasi Industri agar dapat mengoptimumkan pulangan daripada perolehan strategik pertahanan dan memberi manfaat yang sewajarnya. Strategic Defence Management Sdn Bhd diwakili oleh Encik Hasry bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, SDM, Encik Nik Zamzuki bin Nik Lah dan Encik Wan Mohd Rozi bin Wan Ab Rahman manakala BIP diwakili oleh Lt Kol Shahrul Nizam bin Shaf’in, Ketua Penolong Setiausaha di BIP. Turut hadir Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Hj. Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Mejar Jeneral Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan tim yang berkenaan.
- Details
- Bil. Capaian: 3245
26 September 2024 | Cheras Selatan - Pada 26 September 2024 telah berlangsungnya Karnival Futsal Piala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi Tahun 2024 bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Cheras Selatan. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita telah mengambil bahagian. Buat julung kalinya karnival futsal pada tahun ini disertai oleh 1 pasukan jemputan daripada pihak Penaja Utama iaitu Pasukan Dolcezza.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) diiringi oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik) yang turut meluangkan masa memeriahkan karnival futsal tersebut.
Johan bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh pasukan ALK B dari Akademi Latihan Ketenteraan manakala Johan bagi Kategori Wanita dimenangi oleh pasukan Cap Kaki Tiga dari Pejabat Pendaftar.
Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah meraih kemenangan dan semoga semangat kesukanan seperti ini dapat terus dikekalkan.
- Details
- Bil. Capaian: 4688
Seluruh warga UPNM mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBhg. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM yang baharu.
More Articles ...
- Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia Peringkat UPNM 2024
- Pelajar UPNM Sertai Acara Perbarisan Dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 2024
- Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPNM ke Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Kunjungan Hormat Lumut Naval Shipyard (LUNAS)