8 JANUARI 2026 | UPNM: Hubungan strategik antara dunia akademik dan pertahanan negara terus diperkukuh apabila UPNM menerima lawatan rasmi peserta Kursus Ketahanan Nasional (KKN) Kohort 2026.
 
Sebagai academic provider kepada Maktab Ketahanan Nasional (MKN) sejak tahun 2019, UPNM memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan pemikiran strategik, kepimpinan dan kefahaman keselamatan nasional dalam kalangan peserta kursus peringkat tertinggi negara.
 
 
Lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat Komandan MKN, Mej Jen Abdul Karim bin Ahmad kepada Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, satu simbol kepercayaan berterusan terhadap peranan UPNM dalam ekosistem pendidikan tinggi pertahanan negara.
 
Sepanjang lawatan, peserta KKN Kohort 2026 didedahkan kepada sokongan akademik dan kemudahan strategik universiti, termasuk sumber rujukan di Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (PJTI), yang menjadi antara tunjang pengajian keselamatan dan ketahanan nasional.
 

 
Lawatan ini mengukuhkan hakikat bahawa UPNM bukan sekadar sebuah universiti, tetapi rakan strategik ATM dalam membentuk kepimpinan dan pemikiran pertahanan negara secara berterusan.