1 Oktober 2024 | UPNM - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menyampaikan ucapan di Dewan Zulfaqar pagi tadi sempena Majlis Perasmian Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) dan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025. MPJD Sarjana Muda telah bermula dari 29 September hingga 3 Oktober 2024 dan seramai 908 orang pelajar baharu telah mendaftar diri. Bacaan ikrar oleh Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 pagi tadi turut disaksikan oleh Barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.