- Details
- Bil. Capaian: 4411
15 Ogos 2023 – YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat Majlis Tertinggi KESUPNA yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari KESUPNA.
Kunjungan hormat ini telah diadakan di Bilik Bincang Pejabat Naib Canselor. Antara hasil pertemuan ini, YBhg. Naib Canselor telah memberikan pandangan agar diadakan program untuk setiap pelaksana sama ada berunsur latihan, majlis makan malam ataupun sukan.
Semoga hubungan yang baik antara majikan dan pekerja akan terus diperkukuhkan selaras dengan moto KESUPNA ‘PEKERJA BERSATU UNIVERSITI MAJU’.
- Details
- Bil. Capaian: 985
Buku Laporan KESUPNA Mesyuarat Agung Tahun 2023
- Details
- Bil. Capaian: 4613
Pada 28 Oktober 2022 bertempat di Endah Parade, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Kesatuan Kakitangan Sokongan UPNM (KESUPNA) telah menganjurkan Pertandingan Tenpin Bowling 2022 bagi merebut Piala Pusingan Presiden KESUPNA.
Pertandingan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Bahaman bin Haron, Presiden KESUPNA. Dalam ucapannya, beliau menyatakan tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memupuk silaturrahim antara ahli KESUPNA, mencungkil bakat-bakat baru di samping menyemarakkan lagi semangat berpasukan.
Pertandingan yang berlangsung dengan meriahnya dibahagikan kepada kategori berkumpulan, mata tertinggi keseluruhan kategori lelaki dan wanita serta acara cabutan bertuah.
Kumpulan Low Profile telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Berkumpulan terdiri daripada En Wan Ahmad Mukhlis Shah (Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan), Puan Norazizah (Pejabat Naib Canselor), Puan Syaza Husna (Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan) dan En Khairil Johari (Pusat Kesihatan).
Sementara itu, skor mata tertinggi pertandingan bagi kategori lelaki diungguli oleh En Khairil Johari (Pusat Kesihatan) dan bagi kategori wanita dimenangi oleh Puan Nurul Huda Aksho @ Akso (Pusat Kesihatan). Puan Nur Zahirah binti Slamth Ali dari Pejabat Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat berjaya menjadi pemenang utama cabutan bertuah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada KESUPNA atas penganjuran pertandingan Tenpin Boling 2022 dan para pemenang.
- Details
- Bil. Capaian: 4560
17 - 19 Disember 2022 telah berlangsungnya Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Kali Ke-29 (Sesi 2022-2025) dengan jayanya. Pertama kalinya KESUPNA menghantar 3 Perwakilan terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha yang turut mengundi pada kali ini. Presiden juga telah terpilih menjadi Pegawai Pemeriksa Undi, pengalaman yang bergitu berharga buat KESUPNA.
Tahniah dan Syabas kepada barisan kepimpinan CUEPACS bagi Sesi 2022-2025.
- Details
- Bil. Capaian: 81128
Tarikh: 9 Oktober 2022
Tempat: Ampang Superbowl, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
KESUPNA telah menyertai Pertandingan Tenpin Boling Piala Presiden Di Antara Kesatuan Gabungan CUEPACS Sempena Hari Sukan Negara 2022. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS. KESUPNA telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut.
Tahniah KESUPNA.