1.0 Pembangunan Program Akademik Baharu, Akreditasi dan Semakan Kurikulum
1.1 Menyelaras semua permohonan yang dikemukakan untuk kelulusan peringkat Saringan Awal (MSA) dan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), KPT.
1.2 Menyelaras dan membantu FPJB bagi permohonan Akreditasi Sementara ke atas program yang ingin dibangunkan dan Akreditasi Penuh ke atas program yang aktif ditawarkan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
1.3 Menyelaras kertas cadangan semakan kurikulum yang memerlukan kelulusan peringkat JKPT, KPT dan MQA.
2.0 Dasar dan Peraturan
2.1 Membangunkan dan menyemak Peraturan Akademik (Program Pengajian Peringkat Diploma dan Sarjana Muda) dari masa ke semasa.
2.2 Menyediakan Garis Panduan Pindah Kredit dan Pengecualian Kursus.
2.2 Membangunkan Garis Panduan Beban Tugas Akademik (BTA).
3.0 Pemantauan
3.1 Pemantauan pengajaran melalui Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah.
3.2 Pemantauan pelaksanaan OBE melalui Sistem Penjajaran Konstruktif (SPK).
3.3 Pemantauan agihan beban mengajar melalui pengumpulan data Beban Tugas Akademik FPJB.