Pengenalan

Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (Centre for Defence Research and Technology, CODRAT) telah ditubuhkan pada Mac 2009 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM. Sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan, CODRAT memfokuskan kepada penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan pertahanan untuk memenuhi Polisi Pertahanan dan juga agensi kerajaan dan swasta yang lain.

Penyelidikan di pusat ini, dilaksanakan secara usahasama dengan agensi-agensi luar yang berkaitan dalam penyelidikan pertahanan. Dalam masa yang sama, hasil penemuan penyelidikan akan dikomersialkan untuk penggunaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sektor keselamatan yang lain.

Visi

Menjadi Pusat Kecemerlangan primier di rantau ini dengan memupuk sikap berdikari dalam bidang pertahanan & keselamatan melalui penyelidikan inovatif dan perkongsian strategik.

Misi

CODRAT berdedikasi untuk meningkatkan sikap berdikari negara Malaysia dalam bidang pertahanan dan keselamatan dengan menerajui penyelidikan pelbagai disiplin, memupuk inovasi, dan membina perkongsian yang mantap dengan pihak industri dan kerajaan. Kami berusaha untuk membangunkan teknologi tempatan, memupuk profesional pertahanan berkemahiran tinggi, dan menyumbang kepada pembangunan dasar strategik, memastikan Malaysia kekal sebagai pemain yang berdaya tahan dan berpengaruh di pentas global.