-
Membangun dan mengadakan latihan, pengesahan, penilaian dan akreditasi akedemik berkaitan undang-undang kepada anggota tentera, pertahanan sivil dan pegawai penguatkuasa undang-undang.
-
Mengadakan persidangan, bengkel, seminar dan pelbagi aktiviti yang dirancang sebagai satu cara penyelesaian kepada masalah undang-undang tertentu. Juga untuk memastikan penubuhan, perkembangan undang-undang baru di rantau ASEAN disamping membina hubungan dengan angkatan tentera serantau, pertahanan awam, penguatkuasa undang-undang, organisasi keselamatan lain termasuk organisasi kemanusiaan dan komuniti awam.
-
Mengambil bahagian dan menyumbang kepada pembangunan doktrin undang-undang kemanusiaan, ketenteraan dan antarabangsa yang relevan.
-
Mengatur dan memusatkan pengumpulan dan pemprosesan dapatan dari pengalaman semasa penglibatan operasi dan misi pengaman di seberang laut.
-
Membina hubungan dan pertukaran bersama dengan institusi akademik dan organisasi tentera lain dan juga pakar-pakar utama di peringkat antarabangsa untuk menggalakkan pertukaran maklumat sepenuhnya.
-
Menyediakan sokongan untuk penyebaran, terutama untuk operasi perdamaian, termasuk bantuan untuk latihan pra-penempatan, pembangunan dan penyelenggaraan manual dan sumber rujukan, pengenalpastian dan pengekalan maklumat yang sesuai dari pelajaran yang dipelajari dari operasi yang dijalankan.
Objektif
- Details
- Bil. Capaian: 1527