PUSAT UNDANG-UNDANG TENTERA DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (CoMIHL)

 

LATAR BELAKANG / PERANAN

Penubuhan CoMIHL telah dibentangkan di Mesyuarat Senat pada 6 Februari 2017, di Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Naib Canselor (EXCO) pada 8 Februari 2017 dan seterusnya diperingkat Lembaga Pengarah Universiti (LPU). LPU secara prinsipnya telah meluluskan penubuhan CoMIHL pada 16 Julai 2017.Penubuhan Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) ini merupakan satu usaha kolaborasi di antara International Committee of Red Cross (ICRC) dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

ICRC sebagai satu pertubuhan sukarela yang diasaskan di Geneva telah menubuhkan pejabat wilayahnya di Kuala Lumpur pada tahun 2001. ICRC menjalin hubungan rapat dengan agensi agensi kerajaan dan juga badan-badan antarabangsa termasuk ASEAN dalam usahanya mengenali dan memahami dasar serta pentadbiran negara bagi memudahkan usaha ICRC menyalur bantuan,sokongan kepakaran teknikal, pengalaman, analisis dan semua program ICRC yang berpaksikan international humanitarian law (IHL)

ICRC melalui pejabat wilayahnya di Kuala Lumpur telah bersetuju untuk berkolaborasi dengan UPNM menubuhkan Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (Centre for Military Law and International Humanitarian Law). CoMIHL telah ditubuhkan secara rasminya pada 6 Julai 2017 melalui memorandum persefahaman antara UPNM dan ICRC yang  telah ditandatangani pada 23 Ogos 2017. Pusat ini akan berperanan serta berfungsi mirip institusi tersohor. Sanremo Institute of International Humanitarian Law yang berpengkalan di Italy.

  

VISI

Menjadi pusat utama dalam mempromosikan dan menyebarkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip berkaitan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa/ International Humanitarian Law (IHL).

MISI

Untuk menggalakkan pemahaman dan memupuk rasa hormat terhadap kedaulatan undang-undang dalam semua aspek undang-undang ketenteraan dan kemanusiaan di rantau ini.