VISI
- Beriltizam menjadikan BTMK sebagai pemangkin ICT dalam merealisasikan visi universiti.
MISI
- Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pengurusan melalui penggunaan sumber ICT yang sesuai, berkesan dan inovatif serta berusaha menjadikan ICT sebagai bidang kecemerlangan.
OBJEKTIF BTMK
- Menyokong prasarana Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara meluas dalam pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pengurusan di universiti.
- Menerapkan satu budaya Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan warga universiti.
- Menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai saluran komunikasi yang utama.
- Menyediakan khidmat sokongan dan rundingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada warga universiti.
- Membangun dan menyenggara sistem maklumat berkomputer universiti.
- Mengembangkan daya kreativiti dan inovasi melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Menerokai teknologi baharu dalam perkhidmatan dan pelaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di universiti.
- Memastikan kesinambungan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi terhadap visi dan misi universiti.