Fungsi Akademi Latihan Ketenteraan

ALK berperanan sebagai satu sel daripada organisasi besar UPNM. ALK juga bertanggungjawab untuk melatih Pegawai Kadet dalam bidang ketenteraan dan secara strategiknya mengekalkan hubungan dengan stake holder iaitu Kementerian Pertahanan (MINDEF).

  • Fungsi Mendatar (Horizontal). Tanggungjawab ini akan merangkumi semua aspek pentadbiran di dalam dan luar waktu kerja. Aspek ini akan dipertanggungjawabkan kepada staf dan jurulatih kompeni serta kepada para Pemegang Pangkat Pegawai Kadet. Perlaksanaannya meliputi bidang kawalan dalam Kompeni masing-masing. Semua Jurulatih Kompeni akan mengawasi dan membimbing mereka dalam melaksanakan tugas.
  • Fungsi Menegak (Vertical). Tanggungjawab ini menitikberatkan aspek keperluan latihan meliputi perkara G,A dan Q. Untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab ini semua cawangan dalam bahagian ini akan menyelaras keperluan latihan semasa.

 Organisasi Akademi Latihan Ketenteraan

Organisasi Akademi Latihan Ketenteraan ditadbir oleh MK ALK yang diketuai oleh Komandan. Cawangan-cawangan di bawah ALK adalah Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan Latihan (P&PL), Cawangan Jasmani dan Sukan, Cawangan Sumber Manusia, Cawangan Logistik, Cawangan Kuartermaster, Pusat Perubatan, Sel Agama, Sel Kaunseling, Sel Gaji, Sel Semboyan, Sel Pengambilan dan Platun Demo.


Bidang Tugas ALK

  • MK ALK - MK ALK bertanggungjawab dalam membentuk dasar, hal pentadbiran dan latihan Pegawai Kadet UPNM. MK ALK juga bertanggungjawab melaksanakan proses dokumentasi semasa penerimaan Pengambilan baru dan Pentauliahan serta semua hal pentadbiran Batalion dan Pegawai Kadet.
  • Cawangan P&PL - Cawangan ini bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dan menasihati Pegawai Memerintah ALK dalam penghasilan silibus latihan Pegawai Kadet. Cawangan ini juga bertanggungjawab menghasilkan publikasi precis, buku dan panduan yang digunakan oleh Cawangan dan Batalion serta penghasilan dan penyemakan kertas peperiksaan Latihan Ketenteraan.
  • Cawangan Jasmani dan Sukan - Cawangan ini bertanggungjawab dalam merangka aktiviti sukan dan latihan fizikal bagi keperluan Pegawai Kadet. Perlaksanaan UKA bagi semua staf ALK dan Pegawai Kadet juga diletakkan di bawah tanggungjawab cawangan ini.
  • Cawangan Sumber Manusia - Cawangan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan sajian dan pengangkutan bagi ALK. Secara amnya, Kompleks Sajian, Platun Kenderaan dan Sel Gaji berada di bawah naungan Cawangan ini.
  • Cawangan Logistik - Cawangan Logistik ALK bertanggungjawab dalam menyelaraskan program pembangunan prasarana bagi kegunaan Staf ALK dan Pegawai Kadet. Cawangan ini juga bertanggungjawab mengkoordinasikan program pembangunan dengan Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan.
  • Cawangan Kuartermaster - Cawangan Kuartermaster ALK bertanggungjawab menyediakan keperluan barang dan aksesori bagi kegunaan harian Pegawai Kadet.
  • Pusat Perubatan UPNM - Pusat Perubatan UPNM bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada Pegawai Kadet dan Staf ALK. Pusat Perubatan UPNM diketuai oleh seorang Pegawai Tentera sebagai Pegawai Memerintah. seorang pegawai perubatan awam juga diletakkan di bawah naungan selain beliau bersama staf perubatan awam dan ambulans.
  • Sel Agama - Sel Agama ditadbir oleh seorang Pegawai Agama tentera bersama staf sel. Sel ini bertanggungjawab merencana aktiviti keagamaan Pegawai Kadet UPNM bersama Cawangan Agama HEPA.
  • Sel Gaji - Sel Gaji bertanggungjawab menguruskan hal ehwal gaji dan elaun Pegawai Kadet dan staf tentera ALK. UPNM masih menggunakan PTJ ATMA dan meletakkan dibawah seliaan Pejabat Bendahari UPNM.
  • Sel Semboyan - Sel Semboyan ALK berfungsi menyediakan perkhidmatan perhubungan untuk kegunaan ketika latihan.
  • Kompeni- ALK mempunyai 8 Kompeni Pegawai Kadet iaitu Kompeni Hang Tuah, Kompeni Hang Jebat, Kompeni Hang Kasturi, Kompeni Hang Lekir, Kompeni Hang Lekiu, Kompeni Hang Nadim, Kompeni Tun Perak, dan Kompeni Tun Teja. 

Academic, Attributes, & Attitudes