LOGO FAKULTI PERUBATAN DAN HESIHATAN PERTAHANAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

 

PERISAI

Perisai menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga FPKP dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan pendidikkan dan penyelidikkan sebagai budaya kerja.

 

AKRONIUM FPKP

Simbolik kepada makna Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

 

LOGO UPNM

Merupakan imej koporat UPNM secara tak langsung merupakan pengesahan bahawa logo ini adalah hak cipta UPNM

 

ULAR DAN TONGKAT

Simbol ular yang melingkar pada tongkat melambangkan disiplin perubatan dan kesihatan.

 

BUKU YANG TERBUKA

Indikator kepada pendidikkan sepanjang hayat

Biru melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga FPKP dalam memastikan kejayaan FPKP. Warna biru juga melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga FPKP bagi merealisasikan pencapaian FPKP.

 

Warna hitam merupakan simbolik penegasan kepada sikap professional warga FPKP.

 

Warna putih pada akronium FPKP dan muka surat buku memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan juga warna putih lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga FPKP.

 

Warna merah melambangkan komitmen anggota FPKP dalam melaksana dan menjayakan visi dan misi FPKP dan juga UPNM.