- Details
- Bil. Capaian: 3598
Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 Nov 2006.
Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 Nov 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008, UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam ATM. Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.
Academic, Attributes, & Attitudes
- Details
- Bil. Capaian: 6991
Alamat :
Akademi Latihan Ketenteraan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
No Tel :
MK Tadbir : 03-40143753
Faks : 03-40143757
Bahagian Latihan Ketenteraan : 03-40143769
E-mail:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Details
- Bil. Capaian: 3991
Fungsi Akademi Latihan Ketenteraan
ALK berperanan sebagai satu sel daripada organisasi besar UPNM. ALK juga bertanggungjawab untuk melatih Pegawai Kadet dalam bidang ketenteraan dan secara strategiknya mengekalkan hubungan dengan stake holder iaitu Kementerian Pertahanan (MINDEF).
- Fungsi Mendatar (Horizontal). Tanggungjawab ini akan merangkumi semua aspek pentadbiran di dalam dan luar waktu kerja. Aspek ini akan dipertanggungjawabkan kepada staf dan jurulatih kompeni serta kepada para Pemegang Pangkat Pegawai Kadet. Perlaksanaannya meliputi bidang kawalan dalam Kompeni masing-masing. Semua Jurulatih Kompeni akan mengawasi dan membimbing mereka dalam melaksanakan tugas.
- Fungsi Menegak (Vertical). Tanggungjawab ini menitikberatkan aspek keperluan latihan meliputi perkara G,A dan Q. Untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab ini semua cawangan dalam bahagian ini akan menyelaras keperluan latihan semasa.
Organisasi Akademi Latihan Ketenteraan
Organisasi Akademi Latihan Ketenteraan ditadbir oleh MK ALK yang diketuai oleh Komandan. Cawangan-cawangan di bawah ALK adalah Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan Latihan (P&PL), Cawangan Jasmani dan Sukan, Cawangan Sumber Manusia, Cawangan Logistik, Cawangan Kuartermaster, Pusat Perubatan, Sel Agama, Sel Kaunseling, Sel Gaji, Sel Semboyan, Sel Pengambilan dan Platun Demo.
Bidang Tugas ALK
- MK ALK - MK ALK bertanggungjawab dalam membentuk dasar, hal pentadbiran dan latihan Pegawai Kadet UPNM. MK ALK juga bertanggungjawab melaksanakan proses dokumentasi semasa penerimaan Pengambilan baru dan Pentauliahan serta semua hal pentadbiran Batalion dan Pegawai Kadet.
- Cawangan P&PL - Cawangan ini bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dan menasihati Pegawai Memerintah ALK dalam penghasilan silibus latihan Pegawai Kadet. Cawangan ini juga bertanggungjawab menghasilkan publikasi precis, buku dan panduan yang digunakan oleh Cawangan dan Batalion serta penghasilan dan penyemakan kertas peperiksaan Latihan Ketenteraan.
- Cawangan Jasmani dan Sukan - Cawangan ini bertanggungjawab dalam merangka aktiviti sukan dan latihan fizikal bagi keperluan Pegawai Kadet. Perlaksanaan UKA bagi semua staf ALK dan Pegawai Kadet juga diletakkan di bawah tanggungjawab cawangan ini.
- Cawangan Sumber Manusia - Cawangan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan sajian dan pengangkutan bagi ALK. Secara amnya, Kompleks Sajian, Platun Kenderaan dan Sel Gaji berada di bawah naungan Cawangan ini.
- Cawangan Logistik - Cawangan Logistik ALK bertanggungjawab dalam menyelaraskan program pembangunan prasarana bagi kegunaan Staf ALK dan Pegawai Kadet. Cawangan ini juga bertanggungjawab mengkoordinasikan program pembangunan dengan Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan.
- Cawangan Kuartermaster - Cawangan Kuartermaster ALK bertanggungjawab menyediakan keperluan barang dan aksesori bagi kegunaan harian Pegawai Kadet.
- Pusat Perubatan UPNM - Pusat Perubatan UPNM bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada Pegawai Kadet dan Staf ALK. Pusat Perubatan UPNM diketuai oleh seorang Pegawai Tentera sebagai Pegawai Memerintah. seorang pegawai perubatan awam juga diletakkan di bawah naungan selain beliau bersama staf perubatan awam dan ambulans.
- Sel Agama - Sel Agama ditadbir oleh seorang Pegawai Agama tentera bersama staf sel. Sel ini bertanggungjawab merencana aktiviti keagamaan Pegawai Kadet UPNM bersama Cawangan Agama HEPA.
- Sel Gaji - Sel Gaji bertanggungjawab menguruskan hal ehwal gaji dan elaun Pegawai Kadet dan staf tentera ALK. UPNM masih menggunakan PTJ ATMA dan meletakkan dibawah seliaan Pejabat Bendahari UPNM.
- Sel Semboyan - Sel Semboyan ALK berfungsi menyediakan perkhidmatan perhubungan untuk kegunaan ketika latihan.
- Kompeni- ALK mempunyai 8 Kompeni Pegawai Kadet iaitu Kompeni Hang Tuah, Kompeni Hang Jebat, Kompeni Hang Kasturi, Kompeni Hang Lekir, Kompeni Hang Lekiu, Kompeni Hang Nadim, Kompeni Tun Perak, dan Kompeni Tun Teja.
Academic, Attributes, & Attitudes
- Details
- Bil. Capaian: 2667
Objektif
Objektif Akademi Latihan Ketenteraan ialah:
- Memberi pelajaran dan latihan kepada Pegawai Kadet dalam tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pegawai muda di dalam pasukan.
- Membina ciri-ciri penting ketenteraan, menanam semangat berdisplin, taat setia dan kegigihan terhadap tugas.
- Memberi pengetahuan ketenteraan yang asas.
- Membina kecergasan jasmani.
Visi
Visi Akademi Latihan Ketenteraan adalah untuk melahirkan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, mengamalkan budaya tentera, cekap dan dapat menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan pertahanan negara.
Misi
Misi Akademi Latihan Ketenteraan adalah untuk mempertingkatkan bilangan pegawai tentera yang berpendidikan tinggi berteraskan budaya ketenteraan, memperluas dan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara
Academic, Attributes, & Attitudes
- Details
- Bil. Capaian: 2260
AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN KOMITED UNTUK MEMBERI KEPUASAN PELANGGAN SEPERTI BERIKUT:
1. Maklumat Program
ALK adalah menyelaras menyatukan dan melaksanakan latihan Pegawai Kadet ketiga-tiga perkhidmatan. ALK yang diketuai oleh Komandan ALK bertindak sebagai penasihat kepada Naib Canselor dari sudut ketenteraan terutamanya dalam aspek latihan, perundangan tentera dan perkara yang melibatkan polisi serta arahan dari MK ATM.
2. Latihan dan Validasi
Nilai keperibadian seseorang Pegawai Kadet yang bakal menjadi pemimpin bergantung kepada sejauh mana kekuatan, keupayaan dan kemampuan ALK membimbing Pegawai Kadet (termasuk pegawai kadet PALAPES), menyelaras dan melatih Pegawai Kadet secara in house berdasarkan hasil penyelidikan Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) yang dikeluarkan. Dengan itu, keberkesanan latihan dan kelemahan-kelemahan dapat diukur melalui validasi serta diperbaiki dari semasa ke semasa.
3. Badan Perhubungan dan Informasi
ALK merupakan satu sel articulation yang mampu menyalurkan informasi antara polisi KPT – ATM untuk diimplementasikan di institusi ini sama ada dari aspek bermulanya pemilihan sebagai Pegawai Kadet, pemberhentian, perundangan, protokol, peruntukan kewangan KEMENTAH, arahan-arahan semasa dan retention of military interest.
4. Pembangunan Latihan Ketenteraan
Kajian terhadap silibus-silibus yang didedahkan di pusat latihan ATM dapat diselaraskan dengan modul yang didedahkan kepada Pegawai Kadet selari dengan standard yang diperlukan oleh perkhidmatan atau di dalam masa yang sama kajian yang dihasilkan oleh universiti ini akan boleh diketengahkan untuk dilaksanakan di pusat-pusat latihan ATM secara vice versa.
5. Fungsi dan Peranan
ALK berperanan sebagai sel yang menyokong kepada falsafah, visi dan misi UPNM di dalam melahirkan generasi pemimpin yang berintelektual da mempunyai nilai kepimpinan yang berwibawa di samping itu turut melaksanakan tanggungjawab terhadap dasar-dasar ATM kepada staf tentera dan Pegawai Kadet di UPNM.
Academic, Attributes, & Attitudes.