- Details
- Bil. Capaian: 65
PROGRAM GEROBOK REZEKI KOMUNITI UNIVERSITI MAIWP-UPNM BULAN OKTOBER
Program Gerobok Rezeki Komuniti kembali ke UPNM. Hasil inisiatif dan kolaborasi strategik Pusat Pengurusan Wakaf UPNM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Empire Project, program sumbangan makanan dan peralatan kekemasan diri yang dibekalkan secara bulanan bagi sepanjang 2024 ini memberi manfaat buat sekurang-kurangnya 1800 orang pelajar UPNM bagi setiap penghantaran.
Aktiviti ini turut dibantu oleh staf Pusat Pengurusan Wakaf, sukarelawan pelajar serta sukarelawan Empire Project. Semoga penyumbang kepada gerobok rezeki dilimpahi pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah s.w.t.
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM KE LEMBAGA TABUNG HAJI MALAYSIA (TH)
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan sesi kunjungan hormat bagi perjumpaan bersama Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Tabung Haji, Tuan Ekma Faroza bin Kamarudin. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan mengenai inisiatif yang boleh dikolaborasi bersama oleh pihak PPW dan TH yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar asnaf dan B40 di UPNM.
Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai Program IQRA' yang menjadi agenda utama kepada kunjungan hormat ke Tabung Haji kali ini. Antara yang dibincangkan adalah program yang akan dijalankan serta tadbir urus kemasukan dana Program IQRA ke Tabung Wakaf Pendidikan UPNM dan juga pihak yang diberikan amanah untuk menguruskan dana program.
Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Ahmad Sani bin Ismail serta staf Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Mohd Azuan bin Jamaludin.
- Details
- Bil. Capaian: 100
MESYUARAT PENGANJURAN GOLF TABUNG PENDIDIKAN UPNM DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGURUSAN WAKAF DAN KOPERASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KUALA LUMPUR BERHAD (KUPENA)
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Mesyuarat Penganjuran Golf Tabung Pendidikan UPNM dengan kerjasama Koperasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur Berhad (KUPENA). Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan persiapan dan perancangan yang teliti bagi memastikan kejohanan golf yang akan diadakan berjalan dengan lancar dan teratur. Antara perkara penting yang dibincangkan termasuklah pemilihan lokasi kejohanan, penetapan tarikh acara serta penyelarasan aspek teknikal seperti logistik dan penyediaan hadiah-hadiah untuk para pemenang. Kejohanan ini dijangka menjadi salah satu acara sosial yang penting untuk mengeratkan hubungan di antara Pusat Pengurusan Wakaf dan pihak KUPENA serta para tetamu.
Kesungguhan semua pihak dalam menjayakan kejohanan ini sangat dihargai. Ia dijangka menjadi satu acara bermakna dan berkesan serta meriah selain menjadi platform untuk beriadah dan beramal. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh Pengerusi KUPENA, Dato' Dr. Abdul Rahman bin Abdul Razak Shaik serta wakil KUPENA yang terdiri daripada Kdr. Mohd Arif bin Ahmad, Prof. Madya Kapt. Ahmad Zaidi bin Sulaiman dan Kol. Dato' Sofian bin Kamaruddin.
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA WAKAF PUSAT PENGURUSAN WAKAF BIL. 3/2024
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Wakaf Pusat Pengurusan Wakaf Bil. 3/2024. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Pengurusan Wakaf di samping memaklumkan akan perkembangan yang telah dijalankan oleh Pusat Pengurusan Wakaf setakat ini.
Dalam mesyuarat ini, turut diadakan sesi pembentangan daripada Pusat Kesihatan UPNM dan Pusat Pengajian Siswazah UPNM yang mana memerlukan bantuan berbentuk alatan pejabat bagi memudahkan urusan di pusat berkenaan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh 7 orang ahli mesyuarat.
- Details
- Bil. Capaian: 1055
PROGRAM GEROBOK REZEKI KOMUNITI UNIVERSITI MAIWP-UPNM
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi menerima penghantaran bantuan makanan dan keperluan kendiri menerusi Program Gerobok Rezeki Komuniti Universiti daripada MAIWP dengan kerjasama pihak Empire Project. Menerusi program ini, seramai 1800 orang pelajar UPNM akan menerima manfaat dari hasil kerjasama pihak Pusat Pengurusan Wakaf UPNM bersama MAIWP. Semoga penyumbang kepada Program Gerobok Rezeki ini dilimpahi pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
MESYUARAT KOORDINASI PROGRAM IQRA' TABUNG HAJI DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah menerima kunjungan hormat dari Lembaga Tabung Haji (TH) bagi Mesyuarat Koordinasi Program IQRA'. Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi membincangkan perkara berkaitan aktiviti yang boleh dirancang bagi program ini. Program IQRA' ini diadakan dengan tujuan untuk membantu pelajar B40 serta pelajar asnaf UPNM bagi meringankan beban mereka sepanjang menuntut ilmu di universiti.
Selain perbincangan mengenai Program IQRA', Pusat Pengurusan Wakaf serta pihak Lembaga Tabung Haji (TH) juga ada menyatakan hasrat untuk berkerjasama bagi membuka peluang kepada staf dan pelajar UPNM untuk mendaftar akaun Tabung Haji secara percuma serta merancang untuk mengadakan program-program yang bermanfaat kepada universiti secara kolaborasi bersama. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Ahmad Sani bin Ismail, wakil dari Pejabat Pendaftar UPNM dan Pejabat Bendahari UPNM serta 4 orang wakil dari Lembaga Tabung Haji.
- Details
- Bil. Capaian: 905
MESYUARAT KOORDINASI SEMINAR ANTARABANGSA WAKAF, ZAKAT DAN FILANTROPI DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Mesyuarat Koordinasi Seminar Antarabangsa Wakaf, Zakat dan Filantropi (SAWZF) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan penganjuran seminar. Selain perbincangan mengenai program, turut disampaikan watikah pelantikan Ketua Urusetia Program yang disampaikan oleh pengerusi mesyuarat sebagai tanda amanah dan tanggungjawab yang diberikan bagi melancarkan program ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf UPNM, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani dan turut dihadiri oleh Ketua Urusetia AJK Program yang terdiri daripada 12 orang pakar dalam bidang masing-masing.
PROGRAM TABUNG HAJI GERAK/PERKHIDMATAN TABUNG HAJI (TH) DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGURUSAN WAKAF UPNM
Pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah mengadakan Program TH Gerak/Perkhidmatan Tabung Haji (TH). Program yang berlangsung selama 3 hari ini bermula 19 hingga 21 Ogos 2024 yang lalu telah mendapat sambutan yang baik dari warga UPNM. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada staf dan pelajar UPNM untuk mendaftar akaun baharu Tabung Haji bagi mereka yang belum mempunyai akaun Tabung Haji serta mengemaskini status semasa akaun Tabung Haji mereka. Seramai 128 orang staf UPNM disasarkan bagi program ini dan alhamdulillah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan staf UPNM.
Pusat Pengurusan Wakaf UPNM mengucapkan terima kasih kepada pihak Tabung Haji Cawangan Wilayah Persekutuan di atas kesudian untuk menjayakan program ini serta staf dan pelajar UPNM yang sudi mengimarahkan program ini.
PROGRAM GEROBOK REZEKI KOMUNITI UNIVERSITI MAIWP-UPNM
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi menerima penghantaran bantuan makanan dan keperluan kendiri bagi bulan Julai dan Ogos menerusi Program Gerobok Rezeki Komuniti Universiti daripada MAIWP dengan kerjasama pihak Empire Project. Menerusi program ini, seramai 1800 orang pelajar UPNM akan menerima manfaat dari hasil kerjasama pihak Pusat Pengurusan Wakaf UPNM bersama MAIWP. Semoga penyumbang kepada Program Gerobok Rezeki ini dilimpahi pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
- Details
- Bil. Capaian: 1094
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF KE PUSAT WAKAF, ENDOWMEN, ZAKAT DAN SEDEKAH (WEZAS) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Pusat Pengurusan Wakaf telah mengadakan sesi kunjungan hormat bagi perjumpaan bersama Pengarah Pusat Wakaf, Zakat dan Sedekah (WEZAS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan berkaitan pengurusan subseksyen 44(11D) Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Encik Ahmad Sani bin Ismail (Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf), Puan Mazlina binti Muhd Zaid (Timbalan Bendahari UPNM) serta Encik Mohd Hisham bin Mohd Ayat (Penolong Bendahari Kanan UPNM).
KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN WAKAF KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
Pusat Pengurusan Wakaf telah mengadakan sesi kunjungan hormat bagi perjumpaan bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan mengenai inisiatif yang boleh dikolaborasi bersama oleh pihak PPW dan MAIS yang akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar asnaf dan B40 UPNM khususnya di negeri Selangor. Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Prof. Dr. Sayuti bin Ab Ghani serta Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengurusan Wakaf, Encik Ahmad Sani bin Ismail.