Pejabat TNC (HEPA)

  • Merancang pengurusan sumber manusia JHEPA dari segi latihan dan kebajikan staf;
  • Menyelaras semua unit di JHEPA;
  • Merancang dan mengurus sistem kewangan dan perbelanjaan JHEPA; dan
  • Membantu mengurus pembangunan sahsiah pelajar.

Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar

  • Mengurus dan menyelaras untuk aktiviti kokurikulum berkredit dan kokurikulum tidak berkredit;
  • Memantau dan memastikan aktiviti yang dirancang selari dengan kehendak Akta Universiti;
  • Memberi bimbingan kepada pelajar berkaitan pengendalian aktiviti/ program; dan
  • Memastikan pelajar mendapat nilai tambah sebanyak mungkin bagi setiap penyertaan dalam mana-mana program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Universiti mahupun dari pihak luar.

Pusat Kaunseling, Kerjaya dan Alumni

  • Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan psikologikal dan kaunseling kepada pelajar dan kakitangan Universiti;
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang tersusun dan terlatih untuk pelajar dan kakitangan;
  • Merancang dan melaksanakan program-program bimbingan dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik mahasiswa;
  • Meningkatkan nilai diri golongan pelajar melalui kaedah tambah nilai dan potensi pelajar melalui soft skill dan hard skill;
  • Membangunkan tahap SQ, IQ dan EQ ke tahap yang lebih baik di kalangan pelajar; dan
  • Menyediakan para graduan yang mampu bersaing di pasaran pekerjaan yang global.

Pusat Kebudayaan dan Kesenian

  • Merangka, merancang serta mengurus aktiviti-aktiviti berbentuk kebudayaan dan kesenian di peringkat Universiti dalam usaha untuk menggiatkan dan memperkembangkan seni budaya di kalangan pelajar UPNM;
  • Memberi khidmat nasihat, latihan dan pendedahan kepada pelajar dalam pengurusan acara berbentuk kebudayaan dan kesenian;
  • Menyelia program-program kebudayaan yang dianjurkan oleh pelajar; dan
  • Menyelaras aktiviti kelab-kelab kebudayaan pelajar UPNM.

Pusat Pengurusan Kediaman Pelajar

  • Mengurus hal-hal berkaitan penginapan pelajar di asrama seperti pendaftaran keluar masuk, penyediaan kemudahan asas dan kebajikan pelajar di kolej kediaman;
  • Menjalankan aktiviti/ program yang dapat meningkatkan pembangunan sahsiah pelajar dan kecemerlangan akademik; dan
  • Memastikan keselamatan pelajar terjamin dari sebarang ancaman atau gangguan yang tidak diingini.

Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi

  • Merangka dan menyelaras dasar, strategi, pelan perlaksanaan serta pemantauan pembangunan keusahawanan pelajar;
  • Membudaya dan menggerakkan aktiviti keusahawanan pelajar melalui program yang berimpak tinggi;
  • Mengenalpasti dan membangunkan kemahiran keusahawanan pelajar melalui aktiviti dalaman dan jemputan luar; dan
  • Menjadi pusat rujukan utama berkaitan keusahawanan pelajar di UPNM.